Legenda bola sepak dunia, Pele meninggal dunia


  • Podium
  • Jumaat, 30 Dis 2022

Pele dilaporkan meninggal pada usia 82 tahun akibat kegagalan fungsi organ dan perkembangan kanser kolon dialaminya sebelum ini. — Agensi

LEGENDA bola sepak Brazil, Pele yang pernah memenangi tiga kejuaraan Piala Dunia dan ikon global sukan itu dilaporkan meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Perkhabaran itu dimaklumkan oleh pihak Hospital Albert Einstein di Sao Paulo yang merawat Pele.

Kematian bintang dunia itu disebabkan oleh pelbagai kegagalan fungsi organ akibat perkembangan kanser kolon yang dikaitkan dengan rawatannya sebelum ini.

Selama lebih 60 tahun, nama Pele sinonim dengan bola sepak dan merupakan satu-satunya pemain dalam sejarah yang menjaringkan gol dalam jumlah yang luar biasa.

Pada Isnin pagi, mayat Pele akan dipindahkan dari Hospital Albert Einstein ke stadium dan keranda legenda bola sepak itu akan diletakkan di tengah-tengah padang sebelum dibawa melalui laluan sekitar Bandar Santos.

Kemudian, mayatnya akan dibawa ke tanah perkuburan Memorial Necrópole Ecumênica di Santos yang merupakan tanah pengebumian peribadi dikhaskan untuk ahli keluarganya.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro mengisytiharkan akan berkabung selama tiga hari dan turut berkata, Pele merupakan warganegara dan patriot hebat yang telah menaikkan nama Brazil ke serata dunia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram