[VIDEO] Doktor salah guna bilik bedah, buat penggambaran 'pre-wedding' kena pecat


  • Benua
  • Isnin, 12 Feb 2024

Tangkap layar video memaparkan babak lakonan yang dimainkan oleh pasangan doktor tersebut di dalam bilik bedah.

TINDAKAN seorang doktor melakukan penggambaran pra-perkahwinan bersama tunangnya dalam sebuah bilik bedah di hospital kerajaan di Chiradurga, Karnataka, New Delhi, India akhirnya memakan diri.

Ia selepas tularnya video di sebalik tabir memaparkan tindakan individu yang terlibat itu di seluruh platform media sosial sehingga mendapat perhatian kerajaan.

Dalam video tersebut, seorang doktor kontrak lelaki bernama Dr Abhishek dilihat melakukan aksi seperti melakukan pembedahan ke atas pesakit manakala tunangnya memainkan watak sebagai pembantu.

BACA LAGI: Doktor tumbuk kepala nenek 82 tahun tak duduk diam waktu bedah mata

BACA LAGI: Lebih 26 tahun berjasa kepada KKM, Dr Rafidah desak jangan sekat saluran status doktor pakar

Pada masa sama, pasangan tersebut dilihat menggunakan alat perubatan sebenar yang berada di dalam bilik pembedahan berkenaan.

Namun, rakaman di sebalik tabir itu mencetuskan pelbagai reaksi dan tidak kurang juga ada yang berang dengan situasi tersebut.

Tindakan pasangan yang dianggap tidak wajar itu sekali gus memberi kesan kepada kerjayanya selepas Menteri Kesihatan Karnataka, Dinesh Gundu Rao mengarahkan untuk memecat doktor terbabit serta-merta.

Menurutnya, hospital kerajaan adalah tempat memberikan perkhidmatan kepada orang awam dan bukan digunakan untuk hal peribadi.

Dalam pada itu, Dinesh turut menegaskan bahawa tindakan doktor berkenaan menunjukkan sikapnya yang tidak berdisiplin dan peka sebagai seorang doktor. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram