WALAUPUN sudah bergelar seorang doktor lebih 26 tahun, pakar perubatan, Dr Rafidah Abdullah mendedahkan ia bukan satu perjalanan mudah.
Dia yang juga dikenali sebagai pempengaruh media sosial sempat meluahkan perasaan dan rintihannya berhubung isu status doktor pakar di Malaysia baru-baru ini.
Menerusi ciapannya di Twitter (X) pada Jumaat, Dr Rafidah mendakwa, terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba menyekat saluran untuk para doktor muda mendapat pengiktirafan sebagai doktor pakar.
BACA LAGI : 'Doktor masih pro, mogok cara buka mata kerajaan bukan nak mengganas atau merusuh'
Status doktor pakar yang dikatakan kini menjadi antara isu berbangkit dalam sistem kesihatan Malaysia. — Twitter/Dr Rafidah
BACA LAGI : Doktor tumbuk kepala nenek 82 tahun tak duduk diam waktu bedah mata
Menurutnya, luahan tersebut merupakan suaranya sebagai wakil doktor yang sudah berkhimat lama kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Lebih 26 tahun saya mencurahkan khidmat kepada KKM. Mengambil ujian kepakaran luar negara (duit sendiri) sambil bekerja sepenuh masa. Ini dinamakan parallel atau parallel pathway.
"Satu cara yang bertapak di KKM berpuluh tahun. Tapi, ada manusia yang ingin membunuh cara laluan menjadi pakar begini," dakwanya.
Pada masa sama, dia mendakwa, laluan itu dikatakan secara tiba-tiba mahu disekat sedangkan terdapat lebih 3,200 pegawai perubatan di dalam program parallel itu.
"Ini namanya penganiayaan. Jawablah anda di sana nanti. Nak masuk program Master (Ijazah Sarjana) universiti tempatan pun kena tunggu kurang-kurang lima tahun. Tempat pun tidak cukup.
"Perkhidmatan kepada rakyat terjejas tanpa pakar yang mencukupi, kita perlu program parallel ini berterusan. Tolonglah jangan hapuskan," luahnya lagi.
Sementara itu, Dr Rafidah juga menggesa agar sesetengah pihak tidak membuat sebarang tuduhan melulu terhadap mana-mana pegawai perubatan dengan mengatakan tiada semangat patriotik.
"Jangan sekali-kali menuduh kami tidak patriotik dan bersemangat nasionalisme. Doktor-doktor yang teraniaya ini hanya mampu merintih di dalam hati, sambil terus mencurah khidmat kepada negara kita, khususnya KKM," tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata warganet terkejut dengan luahan tersebut dan meminta agar isu berbankit itu dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak bertanggungjawab.
"Lawan selamanya untuk keadilan," komen @azanomar.
"Memang tak faham, kenapa kita selalu hapuskan pakar kita sendiri?," tulis @sonofgo66675222. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram