[VIDEO] Polis AS cekup lelaki dirakam cuba culik budak darjah 5


  • Benua
  • Selasa, 30 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan mangsa sempat melarikan diri sebelum dapat diculik suspek. — Agensi

SEORANG murid perempuan sekolah rendah di Amerika Syarikat (AS) berdepan detik menakutkan selepas hampir menjadi mangsa culik seorang lelaki yang kemudiannya diketahui mempunyai rekod jenayah melakukan keganasan kejam.

Kejadian mengerikan yang berlaku di Glendale, Arizona pada pukul 8 pagi Jumaat lalu itu turut dirakam oleh kamera keselamatan berhampiran lokasi kejadian.

Dalam insiden tersebut, mangsa yang merupakan murid darjah lima itu dilaporkan baru sahaja keluar dari rumahnya untuk berjalan kaki ke sekolah.

Bagaimanapun, suspek yang menaiki kereta jenis Sedan berwarna perak kemudiannya dilihat menghampiri mangsa sebelum memberhentikan kenderaannya betul-betul di sebelah mangsa.

Suspek seterusnya keluar dari kereta dan cuba untuk menarik mangsa masuk ke dalam kenderaannya.

Namun, menerusi klip berkenaan, mangsa yang sempat menyedari kehadiran lelaki tersebut segera melarikan diri.

BACA LAGI: [VIDEO] Tidak sampai 24 jam, wanita menyamar jadi jururawat culik, sumbat bayi dalam beg galas kena cekup

WhatsApp Image 2024-01-30 at 12.14.13 AM

Suspek, Joseph Ruiz. — Agensi

BACA LAGI: [VIDEO] Dua remaja antara 3 direman subahat kes culik kanak-kanak di Johor

Mangsa yang tidak didedahkan identiti kemudiannya dibantu oleh tiga murid lain yang berada berdekatan.

Difahamkan, kumpulan murid berkenaan tampil memberikan bantuan selepas mangsa didapati berada dalam keadaan ketakutan dan menemaninya sehingga suspek beredar.

Sementara itu, media yang memiliki akses terhadap rakaman tersebut melaporkan bahawa kanak-kanak itu kedengaran menjerit 'tidak' ketika cuba dihampiri suspek.

Difahamkan, lelaki berkenaan tidak mengenali mangsa sebelum membuat cubaan culik tersebut.

Dalam pada itu, suspek yang kemudiannya dikenali sebagai Joseph Ruiz, 37 tahun dilaporkan mempunyai rekod jenayah termasuk disabitkan dengan kesalahan jenayah keganasan menikam ibunya di bahagian leher.

Polis kemudiannya dilaporkan berjaya menangkap Joseph yang kini sedang direman sementara menunggu siasatan selesai. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram