SEORANG wanita didapati bersalah menembak mati suaminya sebanyak lima kali sambil disaksikan seekor burung kakak tua dalam kes pembunuhan di Michigan, Amerika Syarikat pada 2015.
Suspek, Glenna Duram menembak suaminya, Martin, di hadapan haiwan peliharaannya bernama Bud sebelum nekad menembak dirinya sendiri dalam cubaan bunuh diri yang gagal.
Selepas menyaksikan pembunuhan, burung pintar itu sering mengulangi perkataan terakhir yang diucapkan mangsa sebelum meninggal dunia iaitu 'jangan tembak'.
Ibu mangsa, Liliana Duram, juga percaya ucapan Bud adalah kata-kata terakhir yang dikatakan anaknya.
BACA LAGI: Tony Pua didesak mohon maaf sindir keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib
Walaubagaimanapun, kata-kata burung kakak tua itu tidak digunakan sebagai bukti dalam perbicaraan.
Kini, Bud disimpan oleh bekas isteri mangsa, Christina Keller, yang berkata burung itu terus mengulangi perbualan yang berlaku pada malam pembunuhan itu.
Mahkamah mendapati Glenna Duram, 49, bersalah atas tuduhan membunuh dan telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram