
LAWATAN ke pameran seni bagi seorang murid di Taiwan bertukar menjadi peristiwa paling menyeramkan buatnya selepas dia secara tidak senjaga merosakkan sebuah karya lukisan klasik yang bernilai USD$ 1.5 juta (RM7.1 juta).
Insiden yang berlaku berlaku hampir 10 tahun lalu itu pastinya memberikan pengajaran yang tidak sedikit kepada murid tersebut yang ketika itu berusia 12 tahun.
Pada hari kejadian, pelajar berkenaan sedang melakukan lawatan sambil belajar di pameran lukiasn yang bertemakan pelukis klasik, Leonardo da Vinci di sebuah galeri dekat Taipei, Taiwan.
Bagaimanapun, ketika sedang asyik mendengar penerangan daripada jurupandu, dia secara tiba-tiba tersadung ketika sedang melalui bahagian hadapan tempat pameran sebuah lukisan.
Insiden yang berlaku sekitar Ogos 2015 itu menyebabkan kanvas karya tersebut mengalami kerosakan lubang dengan saiz sebesar 'satu penumbuk'.
"Pelajar lelaki itu mungkin terlalu menumpukan perhatian ketika mendengar apa yang dikatakan oleh jurupandu itu sebelum tersadung," kata Sun Chi-hsuan, salah seorang penganjur pameran itu.
BACA LAGI: [Video] Tercekik di meja makan, keluarga mangsa tergamam, mujur pelayan bertindak pantas
Kerosakan lubang yang berlaku tehadap kanvas lukisan bernilai RM7.1 juta. — Agensi
BACA LAGI: [VIDEO] Tindakan pantas penjaga kedai bantu 'gamer' lepas tercekik kerepek kentang
Kejadian di pusat seni kreatif, Huashan 1914 dekat Taipei itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup yang berada di galeri tersebut.
Karya yang dikenali sebagai "Bunga," itu merupakan hasil lukisan artis Baroque Itali abad ke-17, Paolo Porpora.
Ia merupakan salah satu daripada 55 keping lukisan yang dipamerkan dalam menerusi pameran yang bertajuk "The Face of Leonardo, Images of a Genius".
Dalam pada itu, Chi-hsuan berkata, murid lelaki terbabit dan keluarganya tidak perlu melakukan sebarang pembayaran kerana kos kos pembaikan lukisan tersebut ditampung oleh perlindungan insurans.
"Saya sebenarnya berfikir untuk meminta pelajar berkenaan untuk kembali menjadi sukarelawan dalam pameran selama satu hari sebagai satu bentuk denda," kata Chi-hsuan ketika itu.
Dalam pada itu, Chi-hsuan berkata, kurator pameran berkenaan, Andrea Rossi dilaporkan sangat terkejut ketika diberitahu mengenai kemalangan berkenaan.
"Apabila saya memaklumkan kepadanya, dia sangat terkejut dan hanya diam selama dua hingga tiga minit kerana tidak dapat mengeluarkan sebarang perkataan.
"Bagaimanapun dia sebenarnya lebih bimbang keadaan pelajar lelaki itu dan keluarganya akibat insiden berkenaan," kata Chi-hsuan.
Sebelum pameran itu bermula, Chi-hsuan berkata, kurator memberi kelulusan khas terhadap penganjur untuk membolehkan pengunjung lebih dekat dengan lukisan yang dipamerkan.
"Ini adalah kemalangan yang jarang berlaku. Saya percaya jika penonton diletakkan sangat jauh untuk mengelakkan insiden seperti ini, pengunjung tidak akan dapat menghargai lukisan itu sepenuhnya." ujarnya.
Berita kemalangan tersebut juga menyebabkan bilangan pengunjung di pameran itu tiba-tiba meningkat gara-gara ia tular.
Bagaimanapun, ruang larangan di hadapan setiap lukisan telah diperbesarkan untuk mengelakkan kemalangan serupa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram