[VIDEO] Kereta elektrik mewah terbakar musnah ketika sedang dicas di Tampoi


  • 112
  • Ahad, 31 Dis 2023

Keadaan kereta jenis Mercedes Benz elektrik (EQB) itu selepas terbaakar dalam kejadian di sebuah bangunan pameran kenderaan tesebut di Tampoi, Johor, pada Ahad.

SATU kebakaran berlaku melibatkan kereta jenis Mercedes Benz elektrik (EQB) yang sedang dicas di sebuah bangunan pameran kenderaan tesebut di Tampoi, Johor, pada Ahad.

Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang.

Dalam kejadian tersebut, 90 peratus kereta mewah itu hangus sementara lima peratus daripada premis pameran yang meliputi kawasan seluas 256 meter persegi turut terbakar.

Insiden berkenaan turut memusnahkan 20 peratus daripada kemudahan bahagian pengecasan kenderaan elektrik atau ‘Electric Vehicle Charging Bay’ di premis terbabit.

Usaha memadam kebakaran tersesbut berjaya dilakukan oleh seramai 10 anggota bomba yang dikerahkan ke lokasi kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam insiden itu dengan punca kebakaran dan jumlah kerugian masih sedang dalam siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram