
KETUA Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg mengaku sedih dengan tragedi yang menimpa seorang kanak-kanak baru-baru ini.
Dalam sesi perbicaraan yang dilakukan di hadapan Jawatankuasa Kehakiman Senat Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, Mark memohon maaf secara terbuka kepada ahli keluarga mangsa.
BACA LAGI : 'Jangan salahkan media sosial, itu alasan basi', penganalisis jenayah gariskan 3 langkah elak salah guna IT
Mark Zuckerberg ketika menghadiri sesi tersebut pada Rabu.
BACA LAGI : Kerajaan tidak berhasrat mahu tutup platform media sosial — Fahmi Fadzil
Ia kerana, mangsa didakwa mengalami gangguan di platform media sosial sehingga meninggal dunia.
"Saya minta maaf terhadap apa yang telah mangsa lalui. Tiada siapa yang patut menanggung kesakitan yang dialami keluarga anda.
"Disebabkan itu, kami mengambil keputusan untuk melabur lebih banyak dan akan meneruskan usaha bagi memastikan tiada siapa lagi yang perlu melalui perkara sama seperti keluarga anda," katanya.
Pengasas Facebook itu juga dilaporkan berkata, dia dan pengarah media sosial lain telah membelanjakan sebanyak RM23 bilion untuk menjamin keselamatan produknya pada 2023.
Sebelum itu, Mark juga diasak dengan beberapa soalan daripada Senator Josh Hawley yang mewakili parti Republikan dari Missouri, AS.
Ketika itu, Josh dilaporkan mengajukan pertanyaan berulang kali tentang tindakan Mark terhadap ahli keluarga mangsa selepas mengetahui kejadian itu.
Hawley bertanya sama ada Mark ada merancang atau sudah memberi pampasan kepada ahli keluarga mangsa.
"Keluarga mangsa berada di sini hari ini (Rabu). Adakah anda tidak melakukan apa-apa, beri pampasan kepada mereka? Anda tidak melakukan apa-apa untuk memulihkan keadaan?," tanya Hawley.
Hawley dilaporkan berbuat demikian ketika sesi pebicaraan berhubung keburukan penggunaan media sosial berlebihan dalam kalangan kanak-kanak sehingga memberi impak negatif dan mengancam nyawa. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram