Selepas lebih seminggu, polis dah dapat 5 petunjuk buru dalang pembunuhan Zayn Rayyan


  • Massa
  • Jumaat, 15 Dis 2023

Polis sedang giat mengumpul bukti baharu bagi memburu pembunuh Zayn Rayyan. — Bernama

MEMASUKI minggu kedua sejak berlakunya kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, pihak polis terus giat dalam usahanya bagi mencari suspek pembunuhan kejam itu.

Pada 6 Disember lalu, mayat anak-kanak malang itu ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, sekitar pukul 10 malam Rabu minggu lepas.

Zayn sebelum itu dilaporkan hilang pada sekitar pukul 12.30 tengah hari selepas pulang dari sekolah pada 5 Disember 2023 ketika pulang dari sekolah.

Hasil siasatan pihak polis, kes tersebut diklasifikasikan sebagai kes bunuh selepas bedah siasat dilakukan menemui kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.

Sejak tempoh awal misi pencarian suspek dimulakan, pihak berkuasa sememangnya dijangka berdepan cabaran yang tidak mudah untuk menyelesaikan kes tersebut.

Malah, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan menyatakan pembunuhan tersebut bukanlah satu kes yang 'straight-forward' dengan mengambil kira maklumat terhad yang dimiliki pihaknya.

PETALING JAYA 12 Dis -- Kelihatan anggota polis forensik di pekarangan penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mattin dalam usaha mengumpul bukti baharu bagi menjejaki pembunuh kanak-kanak tersebut, 200 meter dari kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Polis terus giat menjalankan siasatan di sekitar kawasan pembunuhan Zayn di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor ketika memasuki minggu kedua operasi.

Ketiadaan kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan lokasi penemuan mayat kanak-kanak itu juga menyukarkan lagi usaha polis bagi mencari dalang di sebalik pembunuhan tersebut.

Pada masa sama, cabaran untuk mengenal pasti suspek juga tidak senang dengan mengambil kira kepadatan penduduk di apartment terbabit.

Ini kerana, kawasan Apartmen Idaman yang menempatkan kediaman keluarga mangsa Zayn Rayyan, mempunyai 18 blok terdiri daripada 2,484 unit rumah serta kedai.

Disebabkan itu, Hussein memaklumkan bahawa pihaknya akan membahagikan siasatan kepada dua fasa.

Fasa pertama melibatkan usaha mencari dan mengumpul keterangan fizikal di lokasi serta sekitar tempat kejadian.

Fasa kedua siasatan pula akan membabitkan Kawasan Apartmen Idaman yang menempatkan kediaman keluarga mangsa Zayn Rayyan, mempunyai 18 blok terdiri daripada 2,484 unit rumah serta kedai.

Berikut Majoriti senaraikan lima petunjuk yang sudah diperolehi polis selepas lebih seminggu siasatan dimulakan untuk mencari suspek:

8 Disember - Kesan cap jari, DNA diharap beri petunjuk

Memasuki hari ketiga operasi pencarian suspek, polis memaklumkan sudah menghantar cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA) dipercayai milik suspek untuk ujian.

Kataya, keputusan ujian itu dijangka diperolehi sekitar minggu seterusnya dan ia diharapkan dapat membantu polis dalam siasatan bagi mengesan dalang di sebalik pembunuhan tersebut.

KUALA LUMPUR, 10 Dis -- Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba di lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan Abdul Mattin, 6, yang berada sejauh 200 meter dari kediamannya di Apartment Idaman, Damansara Damai, bagi meneruskan siasatan hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebanyak 238 sampel DNA dan tambahan 10 sampel diperolehi pihak polis setakat 14 Disember 2023.

Pada masa sama, beliau berkata, polis juga akan memulakan satu proses ujian DNA beramai-ramai terhadap penduduk sekitar apartment terbabit yang boleh membantu mengesan mereka yang terlibat.

Hussein memaklumkan setakat 14 Disember, pihaknya sudah mengambil memperoleh 238 sampel DNA dengan tambahan 10 sampel.

11 Disember - Pembunuhan Zayn Rayyan hanya libat seorang suspek

Polis pada 11 Disember lalu memaklumkan bahawa kes pembunuhan Zayn disyaki hanya melibatkan seorang individu.

Hussein berkata, ia berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan yang ditemukan pada tubuh mangsa berusia enam tahun itu.

"Kita (polis) mengesan seorang individu dan percaya (kes ini melibatkan) seorang individu.

"Kita telah tengok semua sudut, pangkalan data polis serta melakukan tapisan secara besar-besaran dan berharap akan mendapat petunjuk positif sehingga boleh menangkap penjenayah ini,” katanya.

12 Disember - Dashcam kesan pergerakan mungkin ada kaitan

Hasil analisis beberapa kamera papan pemuka kenderaan penduduk Apartmen Idaman, polis berjaya mengesan pergerakan yang berkemungkinan dapat membantu dalam siasatan kes.

Hussein berkata, pihaknya masih perlu meneliti lebih lanjut rakaman berkenaan termasuk dengan meningkatkan kualiti rakamannya.

Langkah itu perlu dibuat bagi membuat kepastian berkenaan individu dan objek lain yang didapati dirakam alat berkenaan.

13 Disember - Sehelai stoking jadi petunjuk baharu

Pada 13 Disember, polis menemui satu objek baharu di dalam takungan air berupa sehelai stoking yang dipercayai memupunya kaitan dengan pembunuhan Zayn.

Hussein bagaimanapun dilaporkan berkata, pihaknya masih tidak dapat memastikan sama ada stoking berkenaan adalah milik mangsa.

SHAH ALAM, 19 Jun -- Polis menahan dua lelaki kerana disyaki terlibat sindiket mencuri dan menjual penukar bermangkin (Catalytic Converter) ekzos kereta yang menyasarkan pelbagai jenis kenderaan diletakkan di kawasan MRT dan LRT di sekitar Lembah Klang.

Kedua-dua suspek berusia 30an hingga 40an itu ditahan di Petaling Jaya dan Jalan Ipoh, kata Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Ujarnya, stoking berkenaan antara barangan dan objek yang perlu dihantar ke makmal untuk analisa lanjut.

Penemuan tersebut berjaya dilakukan selepas polis menerima bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor untuk menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mangsa.

14 Disember - Dua budak jadi saksi nampak Zayn 5 jam selepas hilang

POLIS memaklumkan pihaknya mengesan dua saksi kanak-kanak yang mendakwa melihat kelibat Zayn ketika hari mangsa hilang.

Hussein pada 14 Disember berkata, dua saksi berkenaan dikatakan terlihat mangsa di tingkat dua dan tiga Blok R, Apartmen Damansara Damai.

Ujarnya, kedua-dua saksi itu memaklumkan melihat Zayn sekitar kira-kira lima jam kanak-kanak itu hilang iaitu sekitar pukul 5 hingga 5.30 petang, sehari sebelum ditemukan dibunuh.

Bagaimanapun, Hussein enggan mendedahkan jantina dan umur kedua-dua saksi kanak-kanak itu.

Menurut beliau, dua saksi yang memberi petunjuk baharu itu dikesan melalui pemeriksaan pintu ke pintu (mass screening) membabitkan penduduk Apartment Idaman di sini sejak 8 Disember lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram