[VIDEO] Pembunuh bagi siku dekat peguam sendiri lepas mahkamah jatuhkan hukuman mati 


  • Benua
  • Ahad, 07 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan Joseph yang menyiku peguamnya ketika berada dalam bilik perbicaraan mahkamah di Amerika Syarikat pada 26 Jun 2023.

TIDAK berpuas hati dengan keputusan mahkamah, seorang lelaki bertindak kasar terhadap peguamnya selepas dijatuhi hukuman mati atas kesalahan membunuh dua wanita di Amerika Syarikat pada 1990.

Kes yang berjalan selama 33 tahun itu akhirnya menemui titik noktah apabila pembunuh yang bernama Joseph Zieler, 61, itu diberikan hukuman setimpal.

Akhirnya pada 26 Jun 2023, Joseph dihukum kerana telah membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Robin Cornell, 11, dan seorang wanita dewasa, Lisa Story, 32, yang merupakan pengasuh kanak-kanak itu.

BACA LAGI: Panel tingkap tiba-tiba tercabut, pesawat Alaska Airlines mendarat cemas

msg1050426791-21821

Lisa Story yang merupakan pengasuh kepada kanak-kanak perempuan itu. Agensi

Bukan itu sahaja, Joseph juga dilaporkan telah merogol dan mencekik kedua-dua mangsa di rumah mangsa.

Menerusi video ketika perbicaraan terakhir Joseph yang dimuat naik semula di Twitter (X) @Morbidful, tertuduh juga dilihat mengarahkan jurukamera supaya tidak merakamnya sebelum dengan pantas tiba-tiba menyiku peguamnya, Kevin Shirley.

Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila Kevin mendedahkan bahawa itu bukan kali pertama Joseph mengasarinya selepas ditanya oleh Hakim Lee Robert Branning selepas kejadian itu.

"Dia tidak mahu perbualan kami dirakam. Jadi, dia melambai dan saya membongkok lalu dia terus memukul saya," katanya.

Dalam pada itu, insiden kecil itu turut disaksikan oleh ibu kanak-kanak yang menjadi mangsa dalam kes pembunuhan tersebut.

Dia juga dikatakan terkejut dengan perbuatan Joseph terhadap Kevin ketika itu.

BACA LAGI: Pemandu teksi ditahan, ugut 2 pelancong Amerika dengan pisau

msg1050426791-21820

Robin Cornell salah seorang mangsa dalam kes pembunuhan tersebut. — Agensi

Selepas situasi reda, Joseph dikatakan dibawa semula ke dalam bilik perbicaraan dan dilaporkan tetap tidak mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Tetapi, Robert menafikannya dan dilaporkan menjatuhkan hukuman mati terhadap Joseph selepas beberapa jam kemudian.

Sementara itu, keputusan akhir yang dilakukan oleh hakim tersebut akhirnya merupakan satu penutup istimewa bagi ahli keluarga mangsa yang mencari keadilan selama lebih 30 tahun.

Pembunuhan itu juga direkodkan antara kes jenayah yang paling terkenal sehingga dimasukkan dalam realiti televisyen, America's Most Wanted pada 2010. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram