SEORANG bekas pemandu teksi dilaporkan maut dalam kes pembunuhan kejam yang berlaku di Itamaraju, Brazil pada Isnin.
Mangsa, Erilson Simoes Matos, 34, ditembak beberapa kali oleh dua penunggang motosikal dipercayai pembunuh upahan di kediamannya pada awal pagi.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) jelas memaparkan kejadian tersebut apabila Erilson ditembak dari jarak dekat selepas didatangi dua individu terbabit secara tiba-tiba.
Susulan itu, penduduk di kawasan terbabit segera melaporkan hal tersebut kepada pihak polis dan mangsa dibawa ke hospital namun disahkan meninggal ketika dalam perjalanan akibat kecederaan parah dialami.
Erilson yang sudah pun bersara daripada pekerjaannya sebagai pemandu kini difahamkan menjalankan perniagaan penghantaran piza di bandar tersebut.
Selaras dengan prosedur standard ditetapkan pihak polis, mayat Erilson telah dipindahkan ke Institut Perubatan Undang-undang (IML) perbandaran tersebut, dan akan menjalani pemeriksaan bedah siasat untuk membantu siasatan.
Pihak berkuasa polis juga dilaporkan akan menjalankan siasatan terhadap saksi kejadian bagi membongkar kebenaran di sebalik kes pembunuhan terbabit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram