[VIDEO] Perasmian angkat sumpah Presiden Guatemala kecoh lepas kena tangguh


  • Benua
  • Isnin, 15 Jan 2024

Tangkap layar video memaparkan suasana kecoh melibatkan penyokong Arevalo yang tidak berpuas hati apabila perasmian beliau ditangguhkan.

SUASANA perasmian mengangkat sumpah oleh Pejuang Antirasuah di Guatemala, Amerika Tengah, Bernardo Arevalo pada Isnin bertukar kecoh apabila majlis itu ditangguhkan selama beberapa jam oleh pembangkang Kongres dalam usaha untuk melemahkan kuasanya.

Sebelum ini, Arevalo dilaporkan mendapat kemenangan besar pada pilihan raya Ogos 2023 dan kira-kira 9 jam selepas pelantikannya dijadualkan bermula, beliau dikatakan mengangkat sumpah sebagai presiden sekali gus menggantikan ahli Parti Konservatif iaitu Alejandro Giammattei yang terkait dalam skandal rasuah.

Namun, terbaharu, berlakunya kekecohan dan rusuhan besar-besaran apabila Mahkamah Tinggi membenarkan penggubalan undang-undang untuk pembangkang mengekalkan kepimpinan Kongres mereka selepas Arevalo diterima sebagai Presiden.

BACA LAGI : Trump mahu buktikan dirinya masih 'raja'

photo_6136549582495136145_y

Arevalo (kiri) berjaya mengangkat sumpah sebagai Presiden Guatemala pada Isnin. — Agensi

Disebabkan itu, ia mencetuskan perbalahan melibatkan penyokong Arevalo yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut.

Ketika kejadian, orang ramai dilihat berkumpul melakukan protes itu dan menggesa agar perasmian Arevalo untuk menjadi Presiden dipercepatkan sebelum beliau berjaya mengangkat sumpah pada Isnin.

Arevalo dilaporkan berjanji mahu membuat pembaharuan menyeluruh dan menangani masalah peningkatan kos sara hidup dan keganasan.

Terdahulu, Arevalo menggesa penyokongnya untuk berkumpul di Plaza De La Constitucion untuk meraikan musim bunga baharu di Guatemala.

BACA LAGI : Selepas berdiri lebih 1 jam, Presiden AS tersungkur di majlis graduasi

photo_6136549582495136144_x

Pihak polis yang turut mengawal keadaan di luar Parlimen ketika itu. — Agensi

Beliau yang berusia 65 tahun itu juga dilaporkan menganggap dirinya sebagai penyokong demokrasi dan ketua gerakan progresif yang mahu membentuk semula landskap politik yang telah lama dikuasai oleh Parti Konservatif.

Sebelum ini, beliau turut menghadapi pelbagai cabaran kerana ada pihak yang dikatakan cuba untuk melucutkan jawatannya dan menghalangnya daripada terus menjadi Presiden.

Sementara itu, Amerika Syarikat dan beberapa negara seperti Amerika Latin turut menggesa agar kemenangan pilihan raya Arevalo dihormati semua pihak.

Arevalo juga mendapat sokongan kuasa selepas Ahli Parlimen Semilla terkenal, Samuel Perez Alvarez, secara tidak dijangka dipilih sebagai Presiden Kongres. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram