KETUA Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keselamatan, Datuk Lokman Hakim Ali mengumumkan, bekalan ayam yang cukup akan disediakan di pasaran menjelang perayaan Tahun Baharu Cina nanti.
Beliau berkata, kerajaan akan memastikan ayam dijual dengan harga mampu milik serta tidak berlaku perubahan terlalu drastik.
"Bekalan ayam kita datang daripada pelbagai sumber. Dengan adanya bekalan yang diimport dari Thailand, bekalannya juga dijangka lebih daripada mencukupi untuk masyarakat.
BACA LAGI : Setuju apung harga ayam, telur tapi persatuan peniaga minta harga siling jangan terlalu tinggi
Pengguna disaran tidak terlalu bimbang tentang bekalan ayam menjelan perayaan itu. — The Star
"Walaupun tiada perubahan harga pada Krismas lalu (25 Disember 2023), ayam dijual kepada pengguna di bawah harga siling runcit iaitu sebanyak RM9.40 sekilogram dengan tambahan 50 sen untuk ayam yang sudah dipotong," katanya.
Tambahnya, ayam sejuk beku turut dijual di bawah harga siling runcit di semua pasar raya.
"Bagi Tahun Baharu Cina, skim kawalan harga pada musim perayaan akan dilaksanakan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)," katanya lagi.
Selain itu, Lokman berkata, kementerian berkenaan akan terus bekerjasama bagi memastikan bekalan ayam stabil serta memantau jika terdapat laporan mengenai aktiviti yang melanggar peraturan.
Terdahulu, subsidi untuk penternak ayam dilaporkan sudah dihentikan pada 1 November 2023, maka sejak itu, harga ayam telah dihadkan kepada RM9.40 sekilogram.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementeriannya akan terus menjalankan pemeriksaan di semua premis menjual barang mentah tersebut.
Beliau berkata, sejak harga ayam diapungkan, kementerian telah menjalankan semakan di 1,197 premis.
Secara keseluruhannya, beliau berkata, peruncit sangat mematuhinya namun, kementerian telah mengeluarkan notis kepada enam penjual ayam sahaja.
Harga ayam yang akan dipantau oleh pihak berkuasa. — Gambar hiasan/The Star
"Kami akan terus memastikan tiada aktiviti pencatutan atau kartel seperti perjanjian harga, pengeluaran atau pemasaran." tambah Armizan.
Pada masa sama, Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Datuk Azman Adam berkata, walaupun belum ada pelaksanaan harga maksimum khas bagi musim perayaan sejak harga itu diapungkan, pemeriksaan terhadap harga ayam masih diteruskan.
"Ini bagi memastikan harga tidak naik dan penjual mengambil untung secara melampau. Kami memantau setiap hari. Orang ramai boleh melaporkan kepada kami jika harga ayam melebihi harga siling, RM9.40," katanya.
BACA LAGI : KPDN kaji semula harga siling ayam
Manakala, Presiden Persekutuan Persatuan Peladang Ternakan Malaysia, Tan Chee Hee berkata, kira-kira dua juta ekor ayam diperlukan setiap hari.
“Untuk Tahun Baharu Cina, ia akan meningkat hanya 1.5 hingga dua kali ganda daripada, ia tidak banyak.
"Penternak ayam sudah cukup bersedia untuk musim perayaan ini, kerana kita mempunyai bekalan yang mencukupi. Harga akan ditentukan oleh permintaan dan penawaran," katanya ketika dihubungi.
Bermula 2022 hingga Ogos 2023, negara dilaporkan mengimport ayam dari 20 negara berbeza, dengan import terbesar dari iaitu Thailand, China dan Brazil.
Bukan itu sahaja, bagi memastikan harga tidak turun atau naik, kerajaan juga telah melaksanakan langkah lain seperti memansuhkan Keperluan permit (AP) untuk seekor ayam pada 18 Mei 2022 sekali gus membenarkan import anak ayam Day-Old-Chick (DOC) atau telur dari New Zealand dan Australia demi memastikan bekalan mencukupi. — The Star/ZAKIAH KOYA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram