[VIDEO] Budak lelaki selamat selepas dilanggar, diseret kereta sejauh 5 meter


  • Benua
  • Sabtu, 13 Jan 2024

Tangkap layar seorang kanak-kanak lelaki hampir maut (dalam bulatan) selepas dia dilanggar dan diseret sebuah kenderaan SUV ketika sedang leka bermain seorang diri di China pada Julai 2019. — Agensi

KEMALANGAN jalan raya boleh berlaku dalam sekelip mata kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, termasuk terhadap golongan kanak-kanak.

Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab golongan dewasa untuk mengelakkan kemalangan atau insiden yang tidak diingini berlaku.

Mengimbau kembali kejadian yang berlaku di China pada 2019, seorang kanak-kanak lelaki hampir maut selepas dia dilanggar dan diseret sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang leka bermain seorang diri.

Memetik laporan media antarabangsa Newsflare.com, kejadian itu berlaku di bandar Baiquan dekat wilayah Heilongjiang pada 31 Julai.

BACA LAGI: [VIDEO] Polis siasat Sarjan Mejar tumbuk, tampar orang awam di restoran di Johor

BACA LAGI: [VIDEO] Bahana nenek hilang kawalan, 7 ‘rider kayangan’ parah dirempuh SUV depan-depan

Kejadian itu juga turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis berdekatan.

Melalui rakaman CCTV berkenaan, kelihatan seorang lelaki berjalan ke arah kereta yang diletakkan di depan premis tersebut.

Difahamkan lelaki berkenaan tidak menyedari kehadiran mangsa yang leka bermain di kawasan tersebut sebelum terus melanggarnya.

Malah, budak lelaki itu diseret ke hadapan sejauh kira-kira lima meter sebelum akhirnya muncul dari bawah kereta.

Seorang pemilik kedai berhampiran kemudiannya menghubungi ibu bapa budak itu sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan.

Difahamkan, kanak-kanak tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang sejurus menerima rawatan di hospital. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram