DENDAM dan marah merupakan motif pembunuhan seorang peniaga buah tembikai maut dalam satu kejadian ngeri di pasar Kramat Jati, Jakarta Timur, Indonesia pada Isnin.
Dalam kejadian itu, mangsa sedang melayani pelanggannya di kaunter sebelum didatangi suspek.
Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) kedai milik mangsa.
Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Imron berkata, ketika insiden itu berlaku suspek yang datang ke premis berkenaan terus menghampiri mangsa dan menyimbah sebotol asid.
"Dia kemudiannya dilihat mengeluarkan senjata tajam dipercayai sabit dan terus menetak mangsa sebanyak empat kali.
"Mangsa terus meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Tambahnya lagi, suspek yang hanya dikenali sebagi DJ bertindak demikian kerana menyimpan dendam terhadap mangsa.
"Ada dendam lama dan kedua-duanya saling mengenali. Sama- sama berniaga di pasar," jelas Imron.
Terdahulu, pihak berkuasa tempatan mengesahkan menerima laporan tentang kejadian itu.
Ketua Polis Kramati Jiti, Tuti Aini berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam dan terus bergegas ke tempat kejadian.
"Suspek yang berumur 28 tahun sudah ditangkap dan kini berada dalam tahanan polis. Suspek juga bakal didakwa dengan pertuduhan membunuh.
"Senjata tajam yang digunakan juga turut dirampas," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram