SELAIN skuad kebangsaan yang kini sudah berada di kem latihan negara, pasukan bola sepak Indonesia juga kini sudah berada di Turkiye bagi menjalani latihan pusat sehingga 6 Januari.
Pasukan yang dikenali dengan panggilan skuad Garuda itu bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan di Turkiye dan difahamkan pasukan kendalian Shin Tae-yong akan bertemu Libya di sana.
Selain itu, skuad kebangsaan Indonesia juga akan melalui satu lagi perlawanan persahabtan yang bakal diadakan pada 9 Januari menentang Iran di pusat latihan negara berkenaan.
Belum sempat menunjukkan perkembangan pasukan, seorang pemain pasukan Indonesia menjadi bualan penyokong negara tersebut apabila didakwa makan mi segera di sebuah hotel penginapan di Turkiye.
Tangkap layar hantaran tular pemain berkenaan sedang memasak mi segera.
Menerusi tangkap layar skrin yang tular di media sosial, pemain tengah, Marselino Ferdinan memuat naik video rakan sepasukannya memasak mi segera menggunakan kuali elektrik.
Berdasarkan video tular berkenaan, ramai penyokong Indonesia mendakwa pemain yang memasak mi segara tersebut ialah ubi muda berusia 21 tahun, Witan Sulaeman.
Aktiviti memasak tersebut menjadi modal bualan penyokong kerana menganggap makan mi segera boleh membawa impak negatif kepada atlet terutamanya apabila mereka kini sedang mempersiapkan diri ke Piala Asia pada bulan depan.
Witan kini beraksi bersama Bhayangkara secara pinjaman dari Persija Jakarta. — Instagram/Witan Sulaeman
Dalam perkembangan berbeza, penolong jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Nova Arianto mengesahkan pemain pasukan kebangsaan Indonesia yang terpalit dengan isu berkenaan sudah menerima amaran daripada pengendali, Shin Tae-yong.
Memetik laporan dari Tempo, Nova berkata, Marselino dan Witan tidak akan menerima hukuman namun kedua-dua mereka diingatkan supaya tidak melakukan perkara yang sama lagi.
Penolong jurulatih itu juga menambah bahawa Tae-yong turut mengingatkan pemain lain supaya menjaga keadaan dan tidak mensia-siakan kerja keras yang dilakukan selama ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram