[VIDEO] Fans buat hal lagi, kali ni siap bakar mercun dalam pawagam. Salman Khan siap merayu mohon bertenang


  • Benua
  • Rabu, 15 Nov 2023

Tangkap layar insiden kekecohan berlaku ketika tayangan perdana flem Tiger3 lakonan bintang Bollywood, Salman Khan di Malegaon, India.

BINTANG Bollywood, Salman Khan merayu agar peminatnya bertenang selepas daripada insiden kebakaran dan letupan mercun bunga api yang berlaku ketika tayangan perdana filem terbaharunya di Malegaon, India pada Ahad malam.

Kejadian itu berlaku selepas orang ramai selesai menyaksikan filem terbaharunya yang bertajuk Tiger3 di sebuah panggung wayang.

Menurut polis India, situasi itu bertukar kecoh apabila orang ramai melarikan diri sebaik si pelaku gagal mengawal percikan api mercun tersebut.

Terkesan dengan situasi terbabit, Salman turut tampil bersuara menerusi akaun X dengan meminta para peminat untuk menonton filem tanpa perlu melakukan sebarang tindakan berbahaya.

"Saya mengetahui mengenai insiden kebakaran dalam panggung ketika tayangan Tiger3. Perkara itu bahaya.

"Berseronoklah dengan filem tersebut tanpa meletakkan diri dan orang lain dalam insiden yang berisiko. Kekal selamat,” ciapnya.

Untuk rekod, insiden itu bukan kejadian kali pertama dialami Salman apabila tayangan filemnya berjudul Antim: The Final Truth pada 2021, turut dihiasi letupan mercun daripada peminat fanatiknya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram