
SEORANG lelaki menerima kecaman hebat warga maya ekoran tindakannya cuba menampar seorang anggota polis wanita tular di media sosial.
Insiden tersebut berlaku ketika perlawanan Piala Dunia Kriket ODI 2023 melibatkan pasukan India menentang Pakistan yang berlangsung di Stadium Narendra Modi, Ahmedabad, India pada Isnin.
Menerusi video yang dimuat naik di laman X (Twitter), anggota polis itu dipercayai menegur seorang lelaki di depan khalayak atas kesalahan tertentu.
Akibat tidak berpuas hati, lelaki itu cuba menampar wanita berkenaan, namun usahanya gagal.
Pertelingkahan mulut yang berterusan menyebabkan anggota polis tersebut kemudian bertindak menampar lelaki berkenaan beberapa kali.
Video itu mendapat pelbagai reaksi warga maya yang mempersoalkan punca kedua-dua individu tersebut saling berbalah sewaktu perlawanan sedang berlangsung.
Bagaimanapun, punca pergaduhan itu masih belum dikenal pasti dan setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa di kawasan tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram