[VIDEO] Ingatkan berebut gf, rupanya hisap vape dalam asrama punca pelajar dipukul beramai-ramai di Ranau


  • 112
  • Sabtu, 02 Sep 2023

Tangkap layar rakaman kejadian buli membabitkan murid sekolah di Ranau, Sabah.

HISAP vape dipercayai punca beberapa pelajar dipukul sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah berasrama di Ranau, Sabah baru-baru ini.

Pada masa sama, polis juga menahan 10 pelajar di sekolah berkenaan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, lima pelajar ditahan pada Jumaat manakala lima lagi ditahan Sabtu.

"Semua pelajar yang ditahan berusia 15 hingga 17 tahun.

"Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku selepas mangsa ditangkap ketika menghisap vape di asrama sekolah," katanya dalam satu kenyataan

BACA LAGI : [VIDEO] Ambil 'turn' tampar pakai selipar, mangsa buli macam tunggul kena belasah rakan sebaya

Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada 3 Ogos dan klip video itu tular di media sosial pada Jumaat (1 September).

“Pelajar yang menyerang mangsa dipercayai kecewa kerana kejadian itu menimbulkan masalah kepada pelajar lain yang tinggal di asrama.

Menurutnya, semua pelajar kini dalam tahanan polis di dalam lokap dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas siasatan ke atas mereka selesai.

Simiun berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut.

Terdahulu, Majoriti melaporkan satu rakaman video berdurasi lima minit 33 saat di media sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp memaparkan mangsa dikerumuni sekumpulan pelajar di dalam sebuah bilik darjah di sebuah sekolah menengah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram