Insiden pukul peminat di SSI: Pihak berkuasa harus bertanggungjawab, manfaat peranan SSC


  • Podium
  • Isnin, 31 Jul 2023

Kecederaan dialami mangsa (kiri) yang mendakwa dipukul pegawai JMF semasa perlawanan akhir Piala FA di SSI pada Sabtu lalu.

PIHAK berkuasa sama ada diam atau dungu berikutan tindakan memalukan yang mencemarkan perlawanan akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor seminggu lalu.

Tular satu video memaparkan seorang peminat KL City FC mendakwa diserang oleh pegawai tinggi Johor Military Force (JMF) dan beberapa lelaki berpakaian awam semasa perlawanan akhir Piala FA di kandang Harimau Selatan itu.

Insiden pada Sabtu lalu dirakam semasa perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan KL City FC memaparkan seorang lelaki beruniform dipercayai pegawai JMF berjalan ke arah beberapa penonton sebelum mengheret mereka keluar dari kawasan tempat duduk stadium.

Tidak cukup dengan itu, klip berdurasi 13 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki di atas tanah ditendang dengan kasar oleh beberapa orang di belakang tempat duduk penonton.

2195560

Rakaman tular pegawai tinggi JMF mengheret penyokong KL City FC yang didakwa mencetuskan provokasi.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin memaklumkan, seorang lelaki berusia 30 tahun mendakwa dia tercedera dan membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai penyelia kejohanan tersebut memberi respons enam hari selepas kejadian itu, yang kenyataannya bukan untuk mengecam perbuatan terbabit, tetapi hanya menjawab kritikan seorang ahli akademik, Mohd Sadek Mustaffa yang dilaporkan menegur badak induk tersebut kerana berdiam diri.

Dalam kenyataan FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, FAM tidak boleh campur tangan dalam kes itu kerana salah seorang mangsa telah membuat laporan polis sehari selepas perlawanan akhir tersebut.

Susulan insiden kekasaran tersebut, pihak polis, Kod Sukan Selamat Malaysia (SSC) dan Lembaga Tatatertib FAM yang bebas daripada badan induk itu kini berada di bawah radar untuk meneliti perkara tersebut secara menyeluruh.

Bagaimanakah hak penonton untuk berada dalam persekitaran bebas daripada sebarang bentuk gangguan atau kekasaran, dipantau di bawah SSC yang dilancarkan pada Mac lalu oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh?

SSC sepatutnya melindungi seluruh komuniti sukan termasuk atlet, pegawai dan juga penonton daripada sebarang bentuk gangguan, penderaan atau keganasan yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal atau mental mereka.

E7574036-76FF-4C4D-8AC2-A4D721B5A98E

Mohd Yusoff Mahadi memaklumkan tidak boleh masuk campur dalam insiden kekasaran di SSI pada Sabtu lalu kerana kes telah diserahkan kepada pihak polis. — Bernama

Hannah pada Januari lalu pantas mengecam insiden membabitkan jurulatih bola tampar remaja Januari lalu sehingga mengumumkan pembatalan lesen kejurulatihannya, dalam sidang media yang diatur khas di Menara KBS.

Beliau juga secara kebetulan menjadi tetamu kehormat di SSI, diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam yang juga penganjur liga dan penyelaras jawatankuasa Road to Gold (RTG) kementerian yang dipengerusikan oleh Hannah sendiri.

Walaupun perlawanan itu berada di bawah naungan MFL, isu disiplin yang berkaitan dengan permainan terletak di bawah bidang kuasa FAM jika mengikut statut mereka.

Sebelum ini, Lembaga Disiplin FAM mengambil tindakan hukuman berikutan gangguan orang ramai atau hooliganisme di stadium.

Pada 2009, lembaga berkenaan yang diketuai oleh peguam dan bekas pemain pertahanan, Kamaruddin Abdullah, mengambil pendirian tegas menentang keganasan dengan mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Kelantan serta larangan bermain selama semusim berkaitan insiden gangguan semasa dua perlawanan menentang Negeri Sembilan FC – satu pertemuan Liga Super dan satu lagi perlawanan separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV.

2194387

Perbincangan hangat tercetus dalam kalangan peminat bola sepak tanah air berikutan kecederaan yang dialami penyokong KL City FC ketika perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu lalu.

Lembaga Pengarah juga mengarahkan pemain pasukan Kelantan ketika itu beraksi dalam semua perlawanan mereka, sama ada di peringkat senior, remaja atau kumpulan umur, di kawasan neutral.

Pada 1994, Selangor menentang Sarawak di Stadium Merdeka yang kosong kerana insiden bom asap beberapa hari sebelumnya, semasa bertembung dengan pasukan Kedah.

Pengerusi Lembaga Disiplin FAM ketika itu, Tan Sri Mohd Zaman Khan berkata, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sebagai tuan rumah pada masa itu perlu bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman pemain dan penonton.

Larangan memasuki stadium atau denda yang tinggi harus dikenakan untuk sebarang bentuk gangguan orang ramai yang boleh membahayakan nyawa orang lain.

Sebarang perilaku yang ditafsirkan sebagai tindakan keganasan mesti ditangani dengan sewajarnya dengan penulis menyebut kedua-dua kes itu sebagai peristiwa yang pernah berlaku semasa pentadbiran FAM sebelum ini.

Penulis percaya polis akan dapat menyiasat insiden di SSI baru-baru ini tanpa rasa takut atau pilih kasih. Segala bentuk kesombongan tidak seharusnya diterima oleh Kerajaan Madani.

Orang politik pula jangan berdiam diri kerana orang kurang bijak akan bertambah banyak apabila orang bijak berdiam diri kerana pada akhirnya, sesebuah pihak harus bertanggungjawab ke atas kejadian tersebut. The Star/ RIZAL HASHIM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram