Terkesan konflik Hamas-Israel, tuan rumah tikam budak 26 kali di AS


  • Benua
  • Isnin, 16 Okt 2023

Seorang kanak-kanak maut selepas ditikam sebanyak 26 kali di sebuah kediaman dekat Chicago, Amerika Syarikat.

SEORANG lelaki ditahan polis atas dakwaan menikam seorang wanita Muslim dan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Chicago, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.

Suspek, Joseph M. Czuba, 71, melakukan pembunuhan kejam itu dipercayai atas sifat dendam dan kebencian terhadap masyarakat Islam, menurut kenyataan Pejabat Sherif Daerah Will, Illinois, AS.

"Polis mengenal pasti bahawa kedua-dua mangsa serangan kejam ini menjadi sasaran suspek kerana mereka beragama Islam dan berikutan konflik semasa di Asia Barat melibatkan Hamas serta Israel," kata kenyataan tersebut.

jahat

Suspek dikenali sebagai Joseph M. Czuba, 71. — Agensi

Insiden itu bermula apabila suspek yang merupakan tuan rumah itu mengetuk pintu kediaman tersebut dan sebaik dibuka, dia terus mencekik dan menyerang mangsa dengan pisau sambil menjerit, "kamu orang Islam mesti mati".

Dalam pada itu, pihak berkuasa melaporkan bahawa wanita itu sempat menghubungi talian kecemasan 911 ketika melawan suspek.

Kanak-kanak terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian selepas ditikam sebanyak 26 kali manakala waniat berkenaan terselamat dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Difahamkan, dua beranak itu merupakan warga Palestin dan berhijrah ke Amerika Syarikat demi kelangsungan hidup dan pekerjaan.

Pejabat Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) Chicago mengenal pasti mangsa sebagai Hanaan Shahin dan anaknya, Wadea Al-Fayoume.

"Pembunuhan mengerikan itu tidak mempunyai tempat di Amerika dan menentang nilai kebebasan, ketakutan, cara kita berdoa, apa yang kita percaya, dan siapa kita.

"Sebagai rakyat Amerika, kita mesti bersatu dan menolak Islamofobia serta segala bentuk ketaksuban dan kebencian.

"Saya sudah berulang kali mengatakan bahawa saya tidak akan berdiam diri dalam menghadapi kebencian. Kita mesti tegas dan tiada tempat di Amerika untuk mereka yang saling membenci," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram