[VIDEO] Gara-gara kibar bendera Palestin, pelajar dipukul guru depan murid lain


  • Benua
  • Rabu, 11 Okt 2023

Tangkap layar kekecohan membabitkan seorang pelajar dan guru lelaki di pekarangan Gimnasium Ernst-Abbe, Neukölln, Berlin, Jerman.

TINDAKAN seorang pelajar yang mengibarkan bendera Palestin mengundang kemarahan gurunya apabila dipukul di depan khalayak ramai di pekarangan Gimnasium Ernst-Abbe, Neukölln, Berlin, Jerman pada Selasa.

Tersentak dengan pukulan itu, pelajar terbabit kemudiannya terus menendang gurunya sehingga terjatuh ke tanah sebelum cuba dileraikan beberapa pihak.

Kekecohan itu berlanjutan apabila kedua-duanya dikatakan enggan mengalah dan terus berbalah ketika kejadian.

Rakaman berdurasi seminit lapan saat itu tular di laman media dan hangat diperkatakan netizen.

Menurut hantaran dimuat naik di Twitter itu, beberapa pihak mendakwa wilayah Berlin merupakan bandar dengan komuniti Palestin terbesar di Eropah dan sewajarnya mereka diberikan lebih pemahaman tentang konflik peperangan yang berlaku ketika ini.

Namun, kebanyakan laporan media setakat ini hanya memaparkan kisah dari sebelah pihak guru berkenaan sahaja.

Pelajar terbabit difahamkan akan digantung sekolah manakala gurunya tidak dikenakan sebarang tindakan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram