SEORANG jururawat wanita yang bekerja di sebuah hospital Al Syifa dekat Palestin berdepan detik sukar apabila dimaklumkan tentang kematian suaminya yang terbunuh dalam serangan udara Israel pada Selasa.
Terkejut akan pemergian suaminya yang juga merupakan seorang petugas kesihatan, Zeinab terus berlari sambil memberikan reaksi tidak terduga ketika mendapat khabar berita mengenai kejadian terbabit.
"Suami saya telah syahid," jeritnya kepada orang ramai yang kebetulan berada di luar hospital tersebut.
"Semasa saya bekerja di hospital, saya mendapat tahu bahawa suami saya telah syahid," katanya.
Zeinab kemudiannya berjumpa dengan anak perempuannya dan kedua-dua mereka saling berpelukan sambil menangis teresak-esak.
"Oh tuhan, tolong hukum mereka yang melakukan perkara ini," ujarnya.
Untuk rekod, konflik peperangan itu bermula apabila Israel memulakan serangan udara ke atas Gaza yang dikuasai Hamas selepas tentera pejuang Islam itu terlebih dahulu mengatur serangan yang menyebabkan kematian ramai.
Menurut laporan media Israel, angka kematian akibat serangan itu meningkat kepada 900 warga Israel, dengan sekurang-kurangnya 2,600 cedera dan puluhan daripada mereka dalam tahanan.
Kementerian Kesihatan Gaza berkata, pada Selasa sekurang-kurangnya 770 rakyat Palestin telah terbunuh dan 4,000 tercedera dalam serangan udara Israel sejak Sabtu. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram