[VIDEO] Didakwa cabul budak, lelaki 'bogel' lari pecut satu gedung sebelum ditibai pengawal


  • Benua
  • Rabu, 11 Okt 2023

Tangkap layar kekecohan berlaku di sebuah gedung serbaneka dekat Seattle, Washington, Amerika Syarikat.

KECOH sebuah gedung serbaneka apabila seorang lelaki tidak berpakaian didakwa mencabul kanak-kanak perempuan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat pada 1 Oktober lalu.

Perbuatan itu yang disedari beberapa pengunjung kemudiannya menyaksikan dia dikejar dua individu yang cuba untuk menangkapnya.

Menerusi video yang tular sejak Rabu itu memaparkan si pelaku yang hanya memakai stokin kaki cuba mengelak daripada tahanan orang ramai.

Salah seorang saksi menjelaskan bahawa perbuatan itu tertangkap selepas dia dilihat mengganggu dan menyentuh dua kanak-kanak perempuan di remis berkenaan.

Bagaimanapun, perbuatan si pelaku yang enggan menyerah diri telah memaksa seorang pengawal keselamatan bertindak menumbuk dan memukulnya selepas berjaya dikepung.

Siasatan polis mendapati, individu berkenaan merupakan pesakit mental dan akan ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke hospital.

Tiada sebarang kecederaan parah dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut dan mangsa kanak-kanak itu juga difahamkan tidak mengalami kesan luka mahupun kemalangan jiwa. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram