SATU kemalangan membabitkan sebuah kereta jenama mewah, Ferrari dan lima kenderaan dilaporkan berlaku di Bulatan Senayan, Jakarta, Indonesia pada Ahad.
Insiden itu secara tidak langsung menimbulkan kekecohan serta pergaduhan sesama pemandu yang terlibat dengan beberapa individu dirakam bertindak kasar ketika kejadian.
Tiga pemandu dan dua penunggang motosikal antara yang terlibat dalam kemalangan tersebut apabila mereka dirempuh kenderaan itu ketika sedang berhenti di lampu isyarat.
Gagal menekan brek, kemalangan terbabit menyebabkan bahagian hadapan keretanya remuk dengan dua individu dilaporkan tercedera akibat pelanggaran tersebut.
Susulan kejadian itu, pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap pemandu kereta mewah tersebut dengan ujian air kencing juga akan dijalankan terhadapnya.
Ketua Unit Trafik Metro Jaya, Pesuruhjaya Diella Kartika Artha berkata, suspek menyedari kesalahanyya dan bersedia untuk memberikan kerjasama dengan pihak polis.
"Dia sedar dan tiada sebarang cubaan untuk melarikan diri dilakukan namun semuanya masih dalam siasatan," katanya. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram