[VIDEO] Didakwa kerap berdua-duaan dalam kereta, penduduk sergah pasangan pelajar U di Setapak


  • Tular
  • Jumaat, 06 Okt 2023

Tangkap layar dua individu dipercayai pasangan kekasih ditangkap berdua-duaan dalam kereta di sebuah kawasan kediaman dekat Setapak, Kuala Lumpur.

SEORANG lelaki tampil berani mendedahkan perbuatan mencurigakan dua individu dipercayai pasangan kekasih yang dikesan sering berdua-duaan dalam sebuah kereta di Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kejadian yang dikatakan berlaku pada lewat malam itu berlaku di sebuah tempat tersembunyi berhampiran kawasan kediamannya.

Menyedari kelakuan itu, si perakam kemudiannya meluru ke arah kereta tersebut dan bertanyakan beberapa soalan terhadap kedua-dua individu berkenaan.

Dalam pada itu, situasi itu difahamkan bukan kejadian kali pertama dengan pasangan kekasih itu sebelum ini pernah ditangkap melakukan perkara sama.

Wanita berkenaan dipercayai merupakan penuntut di sebuah universiti berhampiran dan sering dihantar teman lelakinya dengan menaiki kereta.

Di ruangan komen rata-ratanya menggesa agar laporan dibuat kepada pihak pengajian susulan kejadian tersebut.

"Sepatutnya laporkan kepada universiti terus, walaupun berlaku di luar kawasan pengajian tetapi dia tetap pelajar mereka," kata Umar Rasydan.

"Biasanya ada waktu tertentu untuk pelajar balik ke kolej, kalau dah lewat malam tak boleh masuk dah sepatutnya, ini mesti kes bercinta tak ke mana," ujar Anis Sofea.

"Laporkan je kepada pihak polis, depan rumah orang pun nak buat benda tak elok, kawasan perumahan jangan cemarkan dengan benda macam itu," jelas Mohd Ghazali.

Tiada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa atau persatuan penduduk berhubung kejadian itu dan orang ramai diminta untuk menjaga adab serta tidak berkelakuan sumbang terutamanya di tempat awam bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram