[VIDEO] Bagai dirasuk 'zombie', 95 pelajar diserang sawan sampai lumpuh kaki di Kenya


  • Benua
  • Jumaat, 06 Okt 2023

Tangkap layar beberapa pelajar perempuan di sekolah St. Theresa's Eregi, Kakamega, Kenya mengalami simptom lumpuh.

SERAMAI 95 orang pelajar Sekolah Menengah Perempuan St. Theresa's Eregi, Kakamega, Kenya dikejarkan ke hospital akibat diserang penyakit misteri yang mengakibatkan mereka mengalami simptom lumpuh pada Khamis.

Kesemua pelajar terbabit difahamkan mengalami kesukaran untuk berjalan dan segelintir daripadanya dijangkiti penyakit sawan.

Punca kejadian tidak dapat dipastikan buat masa sekarang namun pakar berpendapat ia merupakan serangan histeria secara besar-besaran.

Rakaman kejadian turut dikongsikan di laman media sosial.

Pegawai Pendidikan Daerah Bonface Okoth mengesahkan bahawa, seramai 95 pelajar telah dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Sampel darah dan air kencing pelajar perempuan yang terjejas telah dikumpulkan oleh pegawai kesihatan dan dihantar ke makmal Institut Penyelidikan Perubatan Kenya (KEMRI) di mana penyakit misteri itu akan diperiksa.

Sementara itu, pihak sekolah menyatakan bahawa pelajar akan dibenarkan kembali ke sekolah apabila langkah-langkah keselamatan telah dinilai dan diatur.

Pegawai Kenya juga dilaporkan menggesa ibu bapa dan penjaga pelajar yang terjejas untuk memantau kesihatan anak-anak mereka dengan teliti. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram