[VIDEO] Bukan kali pertama, anggota penguat kuasa 'join' anak bergaduh cop parkir di flat Kota Damansara


  • Tular
  • Khamis, 05 Okt 2023

Tangkap layar pergaduhan melibatkan tiga individu di kawasan parkir sebuah kediaman pangsapuri dekat Kota Damansara, Petaling Jaya yang tular sejak Khamis.

KECOH sebuah pangsapuri di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor apabila tiga individu saling berbalah dipercayai akibat perebutan ruang parkir pada Rabu.

Kejadian itu berlaku apabila dua beranak terbabit didakwa kerap 'cop parkir' motosikal di kediaman tersebut yang sekali gus mengundang kemarahan ramai.

Geram dengan situasi tersebut, si perakam kemudiannya terus menengking dan mempersoalkan perbuatan itu yang disifatkan tiada sifat toleransi dan bertolak ansur sesama penduduk.

Namun, sebaik ditanya akan kesalahannya, lelaki dipercayai anggota penguat kuasa itu kemudiannya bertindak mengasari si perakam.

Tersentak dengan serangan tersebut, anak kepada individu penguat kuasa itu kemudiannya tampil meleraikan pergaduhan berkenaan dan meminta agar situasi tersebut diselesaikan secara baik.

Di ruangan komen, rata-ratanya mendakwa ia bukan kejadian kali pertama dengan kedua-dua individu itu pernah melakukan perbuatan sama sebelum ini.

"Memang macam ini perangai dia, hari itu dia bergaduh dengan orang tua pasal isu parkir juga," kata Mal.

"Pasal isu parkir pun nak bising, dia ingat dia penguat kuasa boleh buat semua benda ke," ujar Irfan Baharudin.

"Tak kira pangkat atau apa sekali pun, hormat sesama masyarakat, jangan pentingkan diri, ikutkan dia dah angkat tangan boleh didakwa dan dikenakan tindakan sepatutnya," tambah Amirul Hakimi.

Belum ada sebarang kenyataan polis berhubung situasi itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk laporan lanjut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram