![](https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2023/09/23/2299883.jpeg)
DUA buah kenderaan tersadai di tengah-tengah jalan raya dipercayai akibat terkena simbahan minyak tar jalan di Filipina baru-baru ini.
Punca sebenar sama ada ia angkara perbuatan khianat atau kesilapan pekerja jalan juga masih dalam siasatan.
Kejadian itu dikongsikan di laman Instagram pada Selasa lalu.
Berdasarkan maklumat awal, insiden tersebut dipercayai berlaku di Filipina, bagaimanapun tarikh sebenar kejadian masih belum dapat dikenal pasti.
Turut kelihatan, sebuah lori yang membawa minyak tar jalan berada di hadapan kedua-dua kenderaan berkenaan.
Menerusi video berdurasi 19 saat itu, sekitar empat hingga lima pekerja lelaki dilihat sedang bertungkus lumus membersihkan kenderaan terbabit dalam keadaan panas terik.
Insiden berkenaan berlaku berhadapan sebuah stesen minyak di jalan utama yang agak sibuk. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram