SEORANG wanita tergamak mencuri wang simpanan teman lelakinya demi memenuhi keinginannya untuk menyaksikan konsert penyanyi terkenal, Beyonce di Amerika Syarikat pada Sabtu.
Lebih menyedihkan, wang tersebut merupakan simpanan untuk rawatan jantung anak lelaki tersebut, sekali gus mengundang kemarahan warganet berhubung hal tersebut.
Walau bagaimanapun, kegiatan curi itu berjaya dikesan lelaki terbabit dan dia menangkap teman wanitanya ketika kejadian.
Meskipun mengetahui akan masalah kesihatan anak teman lelakinya, wanita berkenaan masih berkeras dan enggan mengaku salah atas perbuatannya.
Ketika disoal, wanita itu berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas kemahuannya tidak dituruti dan sekali gus memaksa dia untuk mencuri wang tersebut.
Meraih lebih 50,000 perkongsian di laman Twitter, rata-ratanya mengecam wanita berkenaan.
"Memang wanita tidak berhati perut, sanggup menggadaikan nyawa seseorang hanya kerana tiket konsert," kata Charles Rocky.
"Tiada guna ada teman wanita seperti ini, dia sepatutnya dihantar ke balai polis dan dikenakan tindakan," ujar James.
"Anak hidap penyakit jantung, sebaiknya teman wanita seperti ini ditinggalkan, terlalu pentingkan diri dan taksub dengan konsert artis," jelas Fetty Holmes.
Sehingga kini, masih belum ada sebarang laporan lanjut berhubung kejadian tersebut dan status kesihatan anaknya juga tidak dimaklumkan dalam perkongsian media. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram