GARA-GARA tidak memakai topi keledar, seorang penunggang lelaki pantas melarikan diri saat dikejar polis trafik di Indonesia pada Rabu.
Ketika kejadian, individu terbabit difahamkan sedang menunggang motosikal di laluan terbabit sebelum didatangi polis berkenaan.
Menyedari kesalahannya yang tidak memakai topi keledar, dia kemudiannya melarikan diri dan menyorok dalam sebuah bas yang berhenti di lampu isyarat.
Insiden itu dirakamkan menerusi kamera dashcam pemandu di situ sebelum tular di laman media.
Meskipun cuba untuk dikejar, lelaki tersebut berjaya meloloskan diri saat bas itu mula bergerak ketika lampu isyarat bertukar hijau.
Tidak menyedari situasi tersebut, anggota terbabit kemudiannya kelihatan bingung dan terpaksa melepaskan individu berkenaan.
Di ruangan komen, rataa-rata mengecam si pelaku dan meminta agar polis segera menangkapnya.
"Bijak dia menyorok dalam bas, tapi tak boleh dibiarkan dan mesti ditahan segera oleh polis," kata wahyuningsih4690.
"Sepatutnya polis kejar dan tahan bas itu, penunggang berkenaan melakukan kesalahan jadi perlu ditahan dan dihukum," ujar candrasiyan.
"Pemandu di situ juga tidak membantu, semuanya enggan terlibat dan hanya meyaksikan kejadian itu, seharusnya semua bersikap lebih prihatin,"jelas syarifudin5691.
Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang laporan ataupun kenyataan polis berhubung kes tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram