BARU-BARU ini, tular satu video memaparkan kejadian buli melibatkan sekumpulan pelajar lelaki mengasari pelajar wanita di sebuah sekolah.
Berdasarkan video berdurasi 28 saat yang tular di aplikasi WhatsApp itu, beberapa orang pelajar lelaki tanpa rasa bersalah membuli pelajar perempuan yang duduk bersendirian di dalam sebuah kelas.
Lebih mendatangkan kemarahan warga maya, para pelajar seolah-olah menunggu giliran masing-masing untuk menendang dan memukul badan remaja itu menggunakan batang penyapu.
Berdasarkan bahasa yang digunakan oleh mereka, kejadian itu dipercayai berlaku di sekolah dekat Indonesia, dan bukannya Sabah seperti yang ditularkan di WhatsApp.
Lebih menyakitkan hati, sekumpulan pelajar lelaki tersebut dilihat memukul dan menendang mangsa walaupun dia hanya dilihat mampu duduk berdiam diri di tempat duduk.
Malah mangsa yang kedengaran menangis kesakitan turut dilihat menyorokkan wajahnya untuk mengelakkan daripada dipukul.
Difahamkan kejadian itu turut dirakam oleh rakan pembuli tersebut.
Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, tarikh dan lokasi sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram