[VIDEO] Tak puas hati dihon, geng basikal ketuk kereta sampai kemek, siap tuduh kena langgar


  • Tular
  • Isnin, 11 Sep 2023

Tangkap layar kejadian seorang penunggang basikal bertindak mengetuk permukaan hadapan sebuah kereta sehingga kemek.

GARA-GARA tidak berpuas hati dihon, seorang penunggang basikal bertindak mengetuk bahagian hadapan sebuah kereta sehingga kemek.

Kejadian itu difahamkan berlaku sekitar pukul 8.45 pagi pada Ahad lalu.

Berdasarkan sumber orang awam, insiden tersebut dipercayai berlaku di Singapura, dan dikongsikan di laman X (Twitter) pada Isnin.

Video berdurasi dua minit tiga saat itu memaparkan pemandu kenderaan membunyikan hon kepada sekumpulan penunggang basikal yang dilihat menghalang laluannya di lampu isyarat.

Tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut, salah seorang penunggang lelaki itu mengetuk kereta berkenaan sebanyak dua kali dengan kuat.

Tidak menunggu lama, pemandu itu segera membuka tingkap kereta dan menegurnya, sebelum meminta nombor kad pengenalan penunggang basikal tersebut untuk membuat laporan polis.

Enggan melayan permintaan pemandu tersebut, kedengaran penunggang basikal itu memarahinya lagi dan memberitahu rakannya yang lain bahawa dia dilanggar kereta terbabit.

Pemandu itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan bahawa kenderannya mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) sebagai bukti.

"Saya tidak pernah langgar awak. Saya ada rakaman kamera (pada kereta), awak tak boleh lari.

"Legit bodoh gila jenis penunggang basikal yang macam ini. Marah saya sebab kena hon sampai hentak kereta orang sampai kemek.

"Padahal dia yang menyemak atas laluan orang. Mujur ada dashcam sebab tiba-tiba nak berdalih kata kereta itu yang langgar dia," katanya menerusi kapsyen video tersebut.

Bagaimanapun, setakat berita ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan media yang dikeluarkan pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram