WARGA Seri Manjung, Manjung, Perak pada Syawal ketiga dikejutkan dengan aksi kejar-mengejar antara empat buah kenderaan polis Unit Kereta Peronda (MPV) dengan sebuah kereta kancil.
Adegan kejar mengejar itu berjaya dirakam oleh pengguna Facebook, Sheikh Mohd Nizam dan dalam video berdurasi 37 saat itu menunjukkan pemandu Kancil berkenaan memandu keretanya dengan sangat laju kerana dikejar oleh anggota polis di belakang.
Rakaman adegan kejar mengejar itu yang didakwa berlaku pada Rabu.
Namun sehingga kini, tiada sebarang maklumat lanjut diperolehi berhubung kejadian pada Rabu itu dan seorang pengguna Facebook mendakwa Kancil berkenaan sudah diekori ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung namun kereta itu bertindak untuk membuat lencongan.
"Tadi nampak diekori dah 2 peronda polis sampai IPD Manjung. Kancil biru tidak mahu masuk balai, melencong selain kena kejarlah, tidak tahu apa pula kesudahannya," ujar pengguna Mohd Nor Noordin yang mendakwa melihat kejadian itu.
Tidak kurang juga ada yang berkongsi bahawa pemandu kenderaan berkenaan sudah berjaya ditangkap pihak polis dengan kesan calar serta kemek pada kereta Kancil itu.
Perkongsian gambar dari pemilik akaun, Mohd Hafisz mengenai keadaan Kancil dan sebuah kereta polis selepas insiden itu.
Pihak Majoriti cuba menghubung pihak polis untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung video tular itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram