[VIDEO] Bapa durjana dari neraka, tergamak 'ratah' anak kandung 100 kali sejak 9 tahun lalu


  • Benua
  • Rabu, 30 Ogos 2023

Tangkap layar suspek saat dia ditahan oleh pihak berkuasa atas dakwaan merogol anak kandungnya sendiri.

SEORANG bapa yang seharusnya menjadi cinta pertama buat anak perempuannya tetapi memilik untuk menjadi manusia durjana yang memusnahkan kehidupannya.

Itu ungkapan tepat menggambarkan tindakan seorang bapa berasal dari Kecamatan Teluknaga, Kabupaten Tangerang, Banten, Indonesia yang tergamak 'meratah' anak kandungnya sendiri demi memuaskan nafsu serakah.

Lebih mendatangkan kemarahan, lelaki berusia 54 tahun tersebut mula melakukan perbuatan terkutuk itu sejak sembilan tahun lalu, iaitu ketika anak perempuannya berumur 10 tahun lagi.

“Sejak sembilan tahun lalu, mangsa dicabul dari darjah empat sehinggalah sekarang iaitu dari tahun 2014 hingga 2023,” kata Ketua Polis Daerah Teluknaga, Zuhri Mustofa pada Selasa.

Mangsa dipercayai tidak berupaya mendedahkan perkara itu kepada orang lain kerana suspek sering mengugutnya menggunakan senjata tajam, selain pelaku adalah bapa kandungnya sendiri.

Bagaimanapun, perbuatan itu akhirnya terbongkar apabila mangsa sempat melarikan diri daripada bapanya yang mahu mencabulnya baru-baru ini.

Dia kemudian nekad menceritakan kesemuanya kepada abang sulungnya. Tidak menunggu lama, abang tersebut segera melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Setibanya polis di lokasi kejadian, difahamkan bapa berkenaan nyaris dibelasah penduduk kampung yang berang dengan perbuatan tidak bermoral itu.

“Selepas menerima laporan, kami segera datang ke lokasi dan menahan suspek bagi mengelakkan dia daripada dikerjakan oleh orang ramai," ujarnya.

Suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Metro Kota Tangerang.

Lebih mengejutkan, bapa berkenaan turut mengakui, penderaan seksual itu telah dilakukan sebanyak beberapa ratus kali.

“Lebih kurang 100 kali (rogol)," jelasnya. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram