Rogol anak kandung sampai hamil, ahli politik lunyai dipukul orang kampung, kena pecat dari parti


  • Benua
  • Rabu, 19 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan suspek dipukul orang awam hingga berlumuran darah di kepalanya di Lombok Barat.

GARA-GARA merogol dua anak kandung sendiri, seorang lelaki dipercayai ahli politik di Lombok Barat, Indonesa nyaris maut selepas dipukul orang ramai setelah terbongkar perbuatannya terbongkar pada Selasa.

Suspek bernama Sahnan yang berusia 50 tahun itu turut dipecat serta-merta disebabkan oleh perbuatan tidak bermoral itu yang memalukan nama baik parti.

Difahamkan salah seorang mangsa daripada dua beradik itu telah hamil hasil daripada perbuatan jijik bapanya sendiri.

Setelah itu, insiden memukul suspek bermula apabila seorang lelaki memasuki masjid dan menggunakan pembesar suara untuk mengumpulkan orang ramai dan mendedahkan perbuatan jijik suspek yang merogol anak kandungnya sendiri.

Tidak lama kemudian, masyarakat sekitar yang mendengar pengumuman berkenaan segera mencari suspek yang ditemui ketika menyorok dalam semak samun.

Individu terbabit kemudiaanya diheret ke tengah jalan sebelum dibelasah oleh puluhan orang hingga berdarah.

Bagaimanapun, pihak polis yang kemudiannya tiba di lokasi kejadian berjaya meleraikan kekecohan yang berlaku.

Suspek dikejarkan ke hospital berdekatan akibat cedera parah dipukul orang ramai manakala kedua anak perempuannya di bawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram