[VIDEO] Stesen minyak terbakar, seorang maut, 57 parah akibat letupan di Romania


  • Benua
  • Selasa, 29 Ogos 2023

Tangkap layar letupan besar berlaku di sebuah stesen minyak dekat bandar Bucharest, Romania.

SATU letupan besar berlaku di bandar Bucharest, Romania apabila sebuah stesen minyak di situ dilaporkan meletup akibat letupan petroleum pada Sabtu lalu.

Difahamkan, dua letupan berlaku dalam kejadian tersebut yang sekali gus mengakibatkan seorang mangsa maut dan 57 lagi tercedera.

Letupan pertama menyebabkan api merebak ke dua buah tangki minyak dan sebuah rumah berhampiran sehingga memaksa pihak berkuasa memindahkan semua individu dalam radius 700 meter ke lokasi lebih selamat.

Rakaman kejadian tular di laman Twitter dan hangat diperkatakan warganet.

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Raed Arafat mengesahkan letupan kedua telah mencederakan seramai 26 anggota bomba.

"Kebanyakan yang tercedera adalah daripada kalangan petugas penyelamat dengan lapan daripadanya mengalami kesan lecuran teruk," katanya.

Tambahnya, stesen minyak tersebut tidak mempunyai kebenaran untuk beroperasi.

Stesen minyak LPG dijual secara meluas di pasaran Eropah Timur sebagai bahan api kerana ia jauh lebih murah berbanding jenama lain. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram