SEORANG individu lelaki mengalami kecederaan parah apabila separuh anggota badannya rentung dijilat api dalam satu kejadian yang berlaku di Bang Saray, Sattahip, Chonburi Thailand pada minggu lalu.
Difahamkan, insiden itu berpunca akibat perbuatan pemuda terbabit yang cuba membakar rumah jirannya selepas geram dengan bunyi bising serta bau busuk dari rumah terbabit.
Namun, situasi buruk menimpa dirinya apabila simbahan minyak petrol itu terkena pada badannya yang sekali gus menyebabkan dia secara tidak sengaja membakar dirinya sendiri.
Si pelaku yang dikenali sebagai Net Anantakul, 47, segera melarikan diri ke rumahnya sebaik kebakaran berlaku dan mengalami kesan lecuran di bahagian muka, lengan dan kaki.
Net Anantakul mengalami kesan lecuran di beberapa bahagian anggota badan akibat kejadian tersebut. — Agensi
Sebaik tiba di rumah, jirannya, Siriporn Homsaen, terkejut dengan kebakaran tersebut dan terus menghubungi pihak bomba untuk memadamkan api tersebut.
Siriporn membuat laporan polis berhubung insiden itu dengan menuduh si pelaku cuba membakar kediamannya.
Namun, sehingga kini masih belum ada kenyataan lanjut berkaitan kes tersebut dengan pihak polis masih sedang menjalankan siasatan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram