[VIDEO] Tokan juvana sambut harijadi dengan polis beramai-ramai, siap nyanyi dan potong kek


  • Benua
  • Ahad, 13 Ogos 2023

Tangkap layar video memaparkan beberapa orang pegawai polis menyambut majlis hari jadi seorang remaja lelaki yang disyaki pencuri dan pengedar dadah juvana terkenal di Brazil.

SAMBUTAN hari lahir yang sepatutnya disambut dengan meriah bertukar menjadi mimpi ngeri bagi seorang remaja di Brazil.

Ia susulan tular satu video memaparkan beberapa orang pegawai polis menyambut majlis hari jadi seorang remaja lelaki yang disyaki sebagai pencuri dan pengedar dadah juvana terkenal di kawasan itu.

Majlis itu diadakan bersempena hari lahirnya yang ke-18.

Namun begitu, ternyata hari itu merupakan ulang tahun paling teruk yang pernah disambutnya apabila polis tersebut bertindak menahannya ketika menjalankan operasi di rumahnya.

Disebabkan statusnya yang belum cukup umur, polis perlu menunggu sehingga remaja itu berumur 18 tahun, dan datang ke rumahnya serta berlakon seolah-olah ingin memberi kejutan hari jadi untuknya.

Untuk makluman, individu berumur kurang daripada 18 tahun yang terlibat dengan kes jenayah tidak boleh ditangkap di Brazil.

Justeru, pihak berkuasa perlu menunggu sehingga remaja itu melepasi umur berkenaan, sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Kejadian sama pernah berlaku pada Jun lalu apabila polis menahan seorang remaja yang didakwa membawa bekalan dadah ketika berumur 18 tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram