'Ini KL wa pegang', 5 watak gengster paling melekat, jadi 'ikutan' penonton


  • Hiburan
  • Selasa, 28 Feb 2023

Filem aksi tempatan berjaya mencungkil bakat terpendam anak seni tanah air.

INDUSTRI perfileman tanah air terkenal dengan filem aksi membariskan pelakon lelaki dan wanita yang mana hebat serta berani dalam menjayakan watak diberikan.

Kerjaya lakonan sememangnya tidak mudah kerana ia memerlukan jati diri yang kuat selain perlu bergaul dengan orang lain bagi memahami watak dalam sesuatu filem atau drama.

Begitu juga dengan filem aksi yang memerlukan pelakon untuk mendalami perwatakan yang berbeza dalam diri sendiri seperti watak gangster.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan artis tanah air yang mampu membawa watak sebagai gengster dalam sesebuah filem:

rosyam norr 1

Rosyam Nor meninggalkan kesan mendalam kepada penonton melalui filemnya.

1) Datuk Rosyam Nor (Castello)

Watak gangster Castello yang dilakonkan oleh Datuk Rosyam Nor mula diperkenalkan dalam filem Gerak Khas The Movie pada 2001 arahan Datuk Yusof Haslam.

Memberi impak besar terhadap penonton, watak itu kemudian diangkat ke layar perak menerusi filem Castello pada 2006 yang diarahkan oleh Bade Azmi.

Selain itu Rosyam Nor pernah muncul sebagai pelakon jemputan membawakan watak sebagai Castello dalam filem komedi penyiasatan, MX3 pada 2003.

Tambahan pula, filem pertama Datuk Rosyam Nor ialah Gila-Gila Remaja membawa watak Remy pada 1986 dan pernah memenangi anugerah seperti Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan dan Anugerah Sri Angkasa pada 2000.

syamsul2

Watak Shark yang dibawa oleh Syamsul.

2) Syamsul Yusof (Shark)

Pengarah dan pelakon terkenal tanah air, Syamsul Yusof pernah membawa watak gangster dalam filem arahannya sendiri.

Watak Shark yang dilakonkan oleh Syamsul Yusof dalam filem aksi jenayah KL Gangster pada 2011 merupakan filem tempatan Malaysia pertama yang mencecah kutipan RM10 juta di pawagam tempatan.

Watak Shark merupakan seorang gangster kejam, tamak dan sentiasa mengkhianati Malek (Aaron Aziz) kerana ingin menjadi 'raja' gengster di Kuala Lumpur (KL).

KL Gangster juga pernah memenangi Anugerah Blokbuster 2012 dalam kategori Anugerah Filem Terhebat.

image-7

Malek sebagai watak gangster yang berjaya dibawa oleh Aaron Aziz.

3) Aaron Aziz (Malek)

Aaron Aziz membawa watak seorang bekas ketua gengster bernama Malek yang baru sahaja keluar dari penjara dalam filem aksi KL Gangster.

Watak yang dibawa olehnya menceritakan mengenai seorang yang tidak mahu berbuat jahat selepas keluar dari penjara, namun satu kejadian yang tidak diingini berlaku memaksanya untuk kembali ke masa silam.

Filem pertama yang pernah dibintangi pelakon kelahiran Singpura tersebut ialah Evolusi KL Drift membawa watak Joe pada 2008 arahan sulung Syamsul Yusof.

yana

Yana membuktikan wanita juga mampu membawa watak gengster.

4) Yana Samsudin (Manja)

Yana Samsudin membuktikan bahawa wanita juga mampu untuk membawa watak gengster tersebut.

Yana merupakan artis tempatan popular apabila pernah membintangi puluhan filem dan drama selain pernah membawa pulang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Watak Manja yang dilakonkan oleh Yana Samsudin dalam filem aksi romantik komedi, Bini-Biniku Gangster pada 2011 arahan Ismail Bob Hashim terbitan Metrowealth Pictures.

Perwatakan Manja dalam filem itu ialah seorang yang lemah lembut dan penyayang, namun menyembunyikan identiti sebagai seorang ketua kumpulan gengster.

Walaupun bergelar seorang wanita tetapi Yana membuktikan bahawa wanita juga mampu untuk membawa watak sebagai gengster dan dapat melakukan aksi lasak.

Nad_Zainal

Dikatakan lemah lembut tetapi Nad tetap berkemampuan menjiwai watak gengster.

5) Nad Zainal (Nabila)

Nad Zainal merupakan seorang anak seni yang sangat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun dalam beberapa filem yang menampilkannya.

Namun, watak yang dibintangi olehnya dalam sebuah filem aksi arahan Faisal Ishak pada 2016 iaitu Juvana 3: Perhitungan Terakhir membuat penonton berasa tertarik dengan penampilan yang dibawa melalui watak Nabila.

Watak Nabila merupakan salah satu watak yang mana menampilkan karakter yang sama gagah dengan lelaki tetapi masih mengekalkan ciri-ciri feminin.

Nad Zainal yang juga pernah memenangi anugerah seperti Amugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 dan Anugerah Skrin 2018. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram