[VIDEO] Enggan bagi kanak-kanak jual 'coklat', pengurus kena belasah 3 lelaki


  • Benua
  • Khamis, 20 Okt 2022

Wajah tiga suspek yang dipercayai memukul pengurus Hooters di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

SEORANG pengurus di sebuah restoran Hooters di Plano, Texas, Amerika Syarikat mengalami patah tangan dan gegaran kepala setelah dia diserang dan dipukul oleh sekumpulan lelaki baru-baru ini.

Serangan itu berlaku selepas sekumpulan kanak-kanak yang ingin menjual coklat bar kepada pelanggan restoran berkenaan dihalau keluar.

Perkara itu membangkitkan kemarahan tiga orang lelaki yang datang dari arah tempat letak kereta lalu menyerang pelanggan dan pengurus berkenaan.

Pengurus itu memberitahu polis dia dipukul dengan paip logam dan kemudian dia serta seorang lagi pelanggan ditumbuk dan ditendang berkali-kali.

Sekurang-kurangnya seorang budak lelaki dilihat dalam video tersebut yang menyertai tiga lelaki dewasa ketika memukul pengurus tersebut.

Menurut kenyataan terkini pihak polis Plano, dua daripada tujuh suspek daripada serangan ganas itu kini sudah berada dalam tahanan polis.

Mereka adalah Jeremiah Powell, 19 tahun dan Tony Marshall, 20 telah ditangkap pada Isnin dan dihukum penjara di Pusat Tahanan Collin County.

Suspek ketiga, Jay Powell berusia 19 tahun yang merupakan kembar kepada Jeremiah masih bebas.

Empat lagi juvana dijangka berhadapan dengan tindakan undang-undang dalam masa terdekat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram