HAJAT seorang lelaki yang ingin bergambar berlatar belakang air terjun bertukar tragedi apabila dia dihanyutkan air deras tersebut di Arishina, Gundi, Kollurn India pada Ahad.
Mangsa, Sarath Kumar, 20, berasal dari Bhadravati, Shivamogga Karnatakan, India dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika bergambar di lokasi air terjun berkenaan.
Ketika kejadian, Sarath dilihat berdiri terlampau dekat dengan air terjun tersebut sebelum tergelincir dari sebuah batu besar di situ.
Kejadian itu sempat dirakamkan oleh rakannya yang kemudiannya mendapat liputan meluas di laman media.
Susulan kejadian tersebut, rakannya segera memaklumkan insiden itu kepada kakitangan jabatan hutan berhampiran dan operasi menyelamat telah dijalankan oleh jabatan hutan, bomba, dan sukarelawan tempatan.
Namun, sehingga kini mangsa masih belum berjaya ditemukan dan operasi tersebut masih diteruskan.
Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika bermandi-manda di kawasan air terjun terutamanya ketika cuaca hujan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram