TULAR di media sosial menunjukkan detik-detik mencemaskan kejadian pesawat pejuang Sukhoi SU-25 milik Rusia terhempas ke dalam perairan Sea Of Azov di Wilayah Eropah Timur, Krasnodar Rusia.
Menurut laporan media antarabangsa, juruterbang itu dilaporkan meninggal dunia semasa dibawa ke hospital.
Namun begitu, yang mengundang kemarahan warganet adalah apabila melihat reaksi yang ditunjukkan oleh pengunjung pantai yang berada di lokasi kejadian.
Kebanyakannya hanya melihat secara santai dan merakam situasi itu, serta tidak menunjukkan sebarang usaha untuk menyelamatkan juruterbang berkenaan.
Rata-rata pengunjung lebih memilih untuk meneruskan aktiviti masing-masing sambil menyaksikan nahas tersebut berlaku di depan mata.
Menurut laporan agensi berita kerajaan Ria Novosti, pesawat itu terhempas disebabkan kegagalan enjin semasa menjalani latihan penerbangan.
Dalam pada itu, video kejadian mendapat perhatian ramai pengguna dan turut dikongsi oleh ramai orang di laman Twitter.
"Ramai orang berada di situ, ada yang menaiki skuter dan bot pelancong, tetapi tiada siapa yang berani datang membantunya. Semua orang berdiri dan memerhati juruterbang itu perlahan-lahan tenggelam, berselirat dalam lilitan payung terjunnya.
"Begitulah juruterbang lemas," tulis seorang pengguna media sosial. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram