Detik cemas helikopter rempuh kabel elektrik sebelum terhempas, 2 ahli politik nyaris maut


  • Benua
  • Ahad, 25 Sep 2022

Helikopter itu pada mulanya dilihat terlanggar kabel elektrik sebelum terjunam dan terhempas ke darat.

DUA orang ahli politik berdepan detik cemas selepas helikopter yang mereka naiki terlanggar kabel elektrik sebelum terjunam dan terhempas ke darat.

Mereka bagaimanapun terselamat daripada nahas yang berlaku pada Jumaat lalu.

Turut terselamat dalam nahas tersebut adalah kakitangan kedua-dua ahli politik berkenaan dan seorang juruterbang.

Kejadian helikopter terhempas yang membawa Ahli Parlimen Brazil, Hercílio Araújo Diniz dan Timbalan Datuk Bandar Valadares, David Barroso, itu berjaya dirakam orang awam.

Siasatan awal mendapati juruterbang helikopter itu hilang kawalan sebelum melanggar kabel pencawang elektrik.

Insiden itu juga menyebabkan bekalan elektrik di kawasan Sobrália dan Fernandes Tourinho terputus.— Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram