[VIDEO] Suami isteri culik budak perempuan 12 tahun, sumbat dalam beg untuk jadi pemuas nafsu


  • Benua
  • Isnin, 10 Jul 2023

Tangkap layar kes penculikan membabitkan sepasang kekasih di Brazil.

SEPASANG kekasih ditahan polis selepas mereka didakwa menculik seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Brazil pada Sabtu.

Suspek, Daniel Moraes Bittar, 42, dan teman wanitanya, Gesielly Souza Vieira, 22, dirakam mengheret mangsa dalam sebuah beg pakaian yang kemudiannya disimpan di dalam but keretanya.

Mangsa dipercayai digari dan diugut dengan pisau ketika kejadian dan telefon pintarnya dibuang oleh suspek bagi menghilangkan bukti.

Namun, remaja itu tersebut berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa dalam satu operasi pencarian yang dilakukan.

Mangsa ditemui di sebuah bilik dalam keadaan yang agak menyedihkan dengan kesan lebam dan digari pada katil dipercayai akibat serangan seksual.

Lebih mengejutkan, ruang kediaman itu turut dilengkapi dengan alat peranti kejutan elektrik, kamera serta alat mainan seks dan siasatan polis mendapati, suspek sebelum ini sudah lama memerhatikan kanak-kanak berkenaan sebelum menjalankan kegiatan culik tersebut.

Suspek difahamkan merupakan pekerja di sebuah bank dan sukarelawan di hospital kanak-kanak selain turut mempunyai dua orang anak.

Kedua-duanya berhadapan dengan tuduhan penderaan seksual kanak-kanak bawah umur dan penyeksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun jika didapati bersalah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram