[VIDEO] Tiru gaya Ronaldo, lelaki 'siuuu' patahkan cermin sisi kereta lepas kena rempuh


  • Benua
  • Khamis, 22 Jun 2023

Tangkap layar insiden pelanggaran berlaku melibatkan pemandu lelaki di sebuah jalan raya dekat Mexico.

SEORANG lelaki bertindak di luar kawalan apabila mematahkan cermin sisi sebuah kenderaan dalam satu insiden kemalangan yang berlaku di Mexico baru-baru ini.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan mempamerkan gaya 'siuuuu' yang cukup sinonim dengan pemain kelahiran Portugal, Cristiano Ronaldo yang gemar melakukannya ketika menjaringkan gol dalam perlawanan.

Kejadian itu dipercayai tercetus akibat pelanggaran kecil yang berlaku di laluan berkenaan yang sekali gus mengakibatkan kemarahan si pelaku.

Dikongsikan di laman Twitter, rakaman tular itu hangat diperkatakan dan meraih lebih satu juta penonton setakat ini.

Turut disaksikan beberapa lagi pemandu di situ, insiden terbabit tidak dihentikan mana-mana pihak meskipun ia disaksikan ramai.

Warganet turut berkongsi pendapat berhubung insiden itu di ruangan komen.

"Siuuuu, gaya Ronaldo boleh dijadikan senjata ketika marah, patah cermin sisi kereta itu dengan bergaya," kata Jose Alvaro.

"Ronaldo di mana-mana, tragedi kemalangan pun orang mula tiru gaya dia, boleh cederakan ramai yang tidak bersalah," ujar Berenice.

"Nampak macam lucu, tapi hakikatnya cermin kereta itu dipatahkan dengan gaya siuuu, macam-macam ragam pemandu sekarang," jelas Alejandra.

Belum ada kenyataan polis berhubung kejadian itu setakat ini dan video tersebut berakhir tanpa sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa di tempat kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram