[VIDEO] Tolak hubungan intim, suami kejam mengaku robek alat sulit isteri


  • Benua
  • Sabtu, 27 Mei 2023

Sekiranya didapati bersalah, Muksin akan menerima hukuman maksimum penjara 10 tahun. — Agensi

NEGARA jiran dikejutkan dengan tindakan kejam seorang suami merobek kemaluan isterinya gara-gara kecewa wanita itu menolak melakukan hubungan intim baru-baru ini.

Memetik laporan media antarabangsa Coconuts Jakarta, kejadian ngeri itu berlaku di Padang Lawas Regency, Sumatra Utara Indonesia

Mangsa mengalami pendarahan teruk dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

Ketua Polis Barumun, Miptahuddin berkata, kejadian berlaku pada 26 April di rumah pasangan itu di Kampung Parsombaan, Daerah Lubuk Barumun.

"Ketika kejadian, suspek Muksin Nasution berang mangsa enggan melakukan hubungan seks dengannya.

"Maklumat awal mendapati, mangsa enggan berbuat demikian kerana suspek sering menderanya ketika melakukan hubungan intim sehingga mangsa trauma.

"Tidak berpuas hati ajakkannya ditolak, suspek mengasari mangsa dan mencederakan mangsa sehingga menyebabkan alat sulit mangsa terkoyak sepanjang 10 sentimeter. Selepas melakukan perbuatan kejam tersebut, Muksin melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya.

Polis berjaya menahan Muksin pada Selasa di daerah Labuhanbatu Selatan selepas sebulan melarikan diri.

Suspek kini menghadapi pertuduhan keganasan rumah tangga mengikut Perkara 44 Undang-undang No. 23 Tahun 2004 tentang Penghapusan Keganasan Rumah Tangga, yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun.

Sementara itu, media antarabangsa detikSumut berkongsi sebuah video memaparkan suspek membuat pengakuan mencederakan isterinya.

Muksin berkata, dia bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan isterinya yang menolak melakukan hubungan seks sejak daripada bulan Ramadhan lagi.

"Dari hari pertama puasa sampai hari terakhir, bahkan sudah sampai hari. Aku minta melakukan hubungan seks tetapi ditolak," katanya.

Suspek turut mengaku tidak dapat menahan nafsunya pada waktu kejadian dan bertindak di luar jangkaan.

Dalam video tersebut juga, Muksin berkata turut menyesali perbuatan mencederakan isterinya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram