[VIDEO] Burung gagak cabut bendera Israel atas bangunan


  • Benua
  • Selasa, 02 Mei 2023

Tangkap layar rakaman burung gagak yang menanggalkan bendera Israel di tiang atas sebuah bangunan di Palestin.

SEBUAH video yang memaperkan aksi seekor burung gagak menurunkan bendera Israel kini tular di media sosial.

Rakaman berdurari 26 saat itu menunjukkan haiwan berkenaan bersungguh-sungguh mencabutkan bendera yang digantung di tiang bendera dipercayai atas sebuah bangunan di Palestin.

Meskipun saiznya kecil, namun burung gagak berjaya membuktikan dirinya tetap mampu ‘menjatuhkan’ Israel dengan kuasa Tuhan.

Difahamkan, warga Palestin yang berada di sekitar kawasan berasa kagum dengan kebesaran ALLAH yang membolehkan burung berkenaan bertindak begitu.

Malah, pengguna media sosial juga meluahkan rasa tidak puas hati dan bersetuju dengan perbuatan burung terbabit.

"Haiwan sendiri tidak bersetuju dengan kekejaman tentera Zionis atas apa yang dilakukan ke atas rakyat Palestin," kata Tariq Shahid.

Selain tindakan gagak itu, beberapa pengguna lain turut berkongsi rakaman lama haiwan lain mengoyakkan bendera Israel sebagai cara untuk menunjukkan sekongan terhadap perjuangan Palestin.

Menarik perhatian, kejadian luar biasa itu berlaku di tengah-tengah ketegangan apabila tentera Israel membunuh seorang remaja Palestin di Jericho ketika pertempuran di Tebing Barat berlaku pada Jumaat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram