Sahkah solat baca al-Fatihah dalam hati? Ini penjelasannya


  • Mukmin
  • Rabu, 26 Apr 2023

Bacaan Al-Fatihah perlu dibaca sehingga didengari oleh diri sendiri ketika solat tanpa perlu membaca terlalu kuat.

MENDIRIKAN solat lima waktu adalah kewajipan bagi setiap umat Islam. Sebaiknya didiklah anak-anak agar belajar untuk bersembahyang seawal umur tujuh tahun.

Terdapat 13 rukun solat yang perlu diberi perhatian bagi mengelakkan daripada solat tidak sah.

Salah satu daripada rukun tersebut ialah membaca al-Fatihah malah dalam solat juga terbahagi kepada kepada beberapa rukun.

Antaranya rukun qauli iaitu rukun yang perlu dilafazkan, diikuti rukun fi’li iaitu rukun yang melibatkan perbuatan seperti rukuk dan sujud.

WhatsApp Image 2023-04-24 at 13.34.28

Mohamad Dininazmi.

Pensyarah Pengajian Islam Universtiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Mohamad Dininazmi Sabri, berkata, bacaan al-Fatihah termasuk dalam rukun qauli.

“Jika kita meninggalkan atau tidak melafazkan al-Fatihah dengan lidah dan mahupun mengucapkan dalam solat, maka solat tidak sah.

“Kita perlu membacanya dengan lisan. Maksud di sini adalah dengan dipertuturkan dengan lidah dan bukan pula dalam hati atau senyap saja tak berbunyi” katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, Imam Syafie turut menyatakan tidak sah bagi seorang lelaki mengangkat takbiratul ihram untuk solat melalui hati dan membaca al-Fatihah melalui hati.

WhatsApp Image 2023-04-24 at 13.34.30

Hati-hati dalam membaca al-Fatihah ketika solat kerana ia tergolong dalam rukun qauli.

Membaca al-Fatihah perlulah menggerakkan lidahnya dan melafazkan sehingga kedengaran. Namun, tidak perlu terlalu kuat sehingga menjejaskan solat individu lain lebih-lebih lagi ketika solat berjemaah.

“Kita boleh lihat dekat sini hukum Imam Syafie menjelaskan bahawa membaca al-Fatihah perlu dilafazkan dengan lidah,” ujarnya.

Secara kesimpulan, tidak sah solat seseorang sekiranya tidak melafaz atau membaca melalui hati kerana al-Fatihah perlu dibaca dengan lidah sehingga kedengaran.

Bagaimanapun bunyi bacaan cukup sekadar boleh didengari oleh sendiri. Sekiranya solat berjemaah, tidaklah perlu membacanya dengan kuat sehingga mengganggu jemaah atau makmum lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram