Gempa bumi gegar Sumatera Barat, amaran tsunami dikeluarkan penduduk Padang diarah waspada


  • Benua
  • Selasa, 25 Apr 2023

Beberapa penduduk di Padang berpindah dengan motosikal dan berjalan kaki ke tempat yang lebih tinggi. — Agensi

GEMPA bumi berukuran 7.3 pada skala Richter yang melanda wilayah Sumatera Barat di Indonesia awal pagi tadi pada Selasa turut dilaporkan berpotensi berlaku tsunami.

Menurut European-Mediterranean Seismological Centre (EMSC) gempa bumi pada 6.9 magnitud turut melanda kawasan tersebut.

Gempa bumi itu, pada kedalaman 84 kilometer (52.2 batu) juga mencetuskan amaran tsunami," katanya.

Agensi itu meminta pihak berkuasa tempatan segera mengarahkan penduduk kawasan yang terjejas untuk menjauhkan diri dari pantai yang terjejas.

Gempa bumi itu berlaku pukul 3 pagi (waktu Jakarta) pada Selasa (2000 GMT Isnin). Beberapa gegaran susulan dikesan kemudian, dan ada yang mencatatkan sekitar 4 magnitud.

Sementara itu, jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara, Abdul Muhari, berkata berdasarkan pemerhatian visual tiada kecederaan, kemalangan jiwa dan kerosakan selepas gempa itu.

"Di Padang, ibu kota Sumatera Barat, gempa bumi dirasai dengan kuat, dan beberapa orang berpindah dari pantai.

"Orang ramai meninggalkan rumah mereka. Ada yang panik tetapi terkawal. Pada masa ini sebahagian daripada mereka berpindah jauh dari laut," katanya yang berada di Padang ketika ini.

Tambah Abdul lagi, setakat ini tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa berlaku.

Rakaman berita tempatan menunjukkan beberapa penduduk Padang berpindah dengan motosikal dan berjalan kaki ke tempat yang lebih tinggi.

Ada yang membawa beg galas manakala yang lain berhimpit di bawah payung melawan hujan.

Dalam perkembangan lain, seorang pegawai tempatan, Noviandri, berkata di Pulau Siberut, orang ramai sudah pun dipindahkan.

Mereka telah diberitahu untuk tinggal di kawasan pemindahan sehingga amaran tsunami ditarik balik," katanya memetik laporan media antarabangsa, TvOne. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram